26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 23, 2023

Sistem MLFF, kutipan tol tanpa henti bakal direalisasikan

Inisiatif ini sedang dilihat secara serius oleh Kementerian, namun pelbagai sudut akan diberi perhatian bagi memastikan keberkesanan yang optimum.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SISTEM Multi Lane Fast Flow (MLFF) yang akan menggunakan sistem kutipan tol tanpa henti bakal direalisasikan di dalam sistem lebuh raya negara.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, MLFF dijangka mampu menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di plaza tol yang sering dihadapi oleh pengguna jalan raya.

“Namun, melalui pelbagai sesi perbincangan yang saya adakan bersama pihak-pihak yang terlibat, kita mendapati peralihan ke MLFF ini perlu disokong dengan kemudahan lain yang dapat melancarkan lagi perjalanan di lebuh raya.

“Sebagai contoh, sistem pembayaran tol perlulah lebih terbuka bagi memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna lebuh raya dalam membuat bayaran tol,” katanya di sini.

Baca juga:   Penyenggaraan jalan kecemasan bergantung Agensi Pusat

Beliau berkata, perkara ini antara yang menjadi pokok perbincangan bersama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Bahagian Pembangunan dan Penswastaan Kementerian Kerja Raya hari ini.

“Inisiatif ini sedang dilihat secara serius oleh Kementerian, namun pelbagai sudut akan diberi perhatian bagi memastikan keberkesanan yang optimum,” katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Kejar pahala, jangan siakan dengan pembaziran – Agong

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati umat Islam agar mengejar pahala bulan Ramadan serta tidak mensia-siakan bulan...

Lagi Artikel Berkaitan