26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Projek LTU dijangka siap 2024, kemajuan 14.10 peratus

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PROJEK Lingkaran Tengah Utama (LTU), Seksyen 3J: Kampung (Kg) Seberang Jelai ke Kg. Relong, Pahang dijangka siap pada 24 Julai 2024 dengan kemajuan terkini sebanyak 14.10 peratus.

Kementerian Kerja Raya (KKR) berkata, projek yang memakan kos sebanyak RM 257 juta ini telah mula dibina pada 29 Jun 2020.

“Seksyen 3J melibatkan skop kerja pembinaan jalan baharu berkembar empat lorong dua hala
(K2-2) piawaian Jabatan Kerja Raya (JKR) R5 sepanjang 6.95 kilometer (km) dari Kg. Seberang Jelai ke Kg. Relong.

“Ia turut melibatkan pembinaan lima buah jambatan, dua buah Vehicular Box Culvert (VBC) dan pengambilan balik tanah.

“Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Sri Abdul Rahman Mohamad meninjau kemajuan kerja projek berkenaan.

“Tinjauan ini bertujuan mengenalpasti isu dan cabaran yang dihadapi kontraktor bags memastikan projek ini dapat disiapkan mengikut jadual yang telah dirancang.

Advertisements

“LTU merupakan salah satu dari projek berimpak besar di bawah Kementerian Kerja
Raya (KKR) yang melibatkan enam pakej dari negeri Kelantan ke Pahang,”katanya dalam kenyataan di sini.

KKR berkata, turut mendapat perhatian Timbalan Menteri sewaktu tinjauan ini ialah Projek Menaiktaraf Jalan Persekutuan FT64, Jalan Benta-Jerantut-Maran.

“Laluan FT64 ini merupakan jalan utama menghubungkan Benta dengan Maran yang sering digunakan oleh pengguna jalan raya khususnya penduduk di sekitar Lipis, Pahang.

Ujar KKR, kerajaan, melalui KKR dalam proses untuk menaik taraf laluan ini bagi meningkatkan tahap keselesaan dan keselamatan bagi pengguna jalan raya.

“Projek menaiktaraf ini dibahagikan kepada tiga Fasa dimana Fasa kedua sepanjang 21km yang menghubungkan Jerantut dengan Simpang Jengka telah siap dibina manakala Fasa pertama dan ketiga sedang dilaksanakan,”ujar KKR. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pemuda UMNO gesa ‘haramkan’ Prof Gilley masuk Malaysia

PEMUDA UMNO Malaysia hari ini mendesak kerajaan mengharamkan seorang ahli akademik pro-zionis Israel, Bruce Gilley daripada memasuki negara ini. Ketuanya,...

Lagi Artikel Berkaitan