24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Liga M 2023 lebih menarik, 6 kejuaraan jadi rebutan

Hanya 14 pasukan beraksi musim ini selepas dua kelab Liga Super musim lalu, PJ City FC dan UiTM FC sah tidak akan bertanding.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SAINGAN Liga Malaysia 2023 bakal menjanjikan aksi lebih menarik apabila enam trofi kejuaraan menjadi rebutan musim ini.

Ia bermula dengan Piala Sultan Haji Ahmad Shah (Perlawanan Sumbangsih), Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia, MFL Challenge Cup dan Piala MFL (Liga Simpanan B-23).

Penstrukturan baharu Liga Malaysia bermula tahun ini menyaksikan pertandingan Liga Simpanan yang dikenali sebagai Piala MFL diadakan buat kali pertama.

Manakala MFL Challenge Cup dipertandingkan semula selepas tiga tahun sejak dianjurkan pada 2018 dan 2019.

Sejumlah 14 kelab akan merebut kejuaraan dalam saingan Liga Super 2023 iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT), Terengganu FC, Sabah FC, Negeri Sembilan FC, Selangor FC, Kuala Lumpur City FC, Sri Pahang FC, Kedah Darul Aman FC, Penang FC, Kelantan FC, Kuching City FC, Kelantan United FC, PDRM FC dan Perak FC.

Advertisements

Manakala, saingan Piala MFL pula disertai skuad bawah 23 tahun daripada kelab Liga Super serta pasukan Skuad Projek FAM-MSN.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam berkata, hanya 14 pasukan beraksi musim ini selepas dua kelab Liga Super musim lalu, PJ City FC dan UiTM FC sah tidak akan bertanding.

Berkenaan penjadualan Liga Malaysia 2023, Stuart berkata MFL telah mengambil kira antaranya kalendar FIFA 2023 yang melibatkan latihan Pasukan Kebangsaan iaitu persiapan Pusingan Akhir Piala Asia 2023); AFC Champions League 2023 dan AFC Cup 2023; serta kejohanan antarabangsa lain.

Mengenai perlawanan Sumbangsih, beliau menjelaskan ia merupakan aksi pertama bagi Liga Super yang mana pungutan mata akan dikira dalam Liga Super.

“Perlawanan melibatkan JDT (Juara Liga Super 2022) melawan Terengganu FC (Naib Juara Liga Super 2022) dan dijadualkan pada 24 Februari 2023,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan