24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Pemilihan UMNO bermula 1 Februari – Ahmad Maslan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MESYUARAT Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini memutuskan pemilihan parti itu akan bermula 1 Februari ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ia membabitkan mesyuarat dan pemilihan bagi jawatankuasa cawangan, pemuda, wanita dan puteri cawangan yang berlangsung sehingga 26 Februari iaitu selama 26 hari.

Sementara itu menurut beliau, mesyuarat perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama Pemilihan Ahli MKT UMNO akan diadakan serentak di seluruh negara pada 18 Mac depan.

“Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian bersama Pemilihan EXCO Wanita, EXCO Pergerakan Pemuda dan EXCO Pergerakan Puteri UMNO Pusat akan diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Mac,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Ujar Ahmad, Ketua UMNO Bahagian Johor Bharu, Tan Sri Shahrir Ab Samad dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2023 (JPU 2023) dan Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub dilantik sebagai Setiausaha JPU 2023.

“Tarikh pendaftaran bagi calon-calon untuk pertandingan di Bahagian dan Pusat adalah bermula pada 13 Februari 2023 dan ditutup pada 26 Februari 2023 jam 5 petang.

Advertisements

“Kenyataan terperinci mengenai hal ini akan dimaklumkan kemudian,” katanya.

UMNO pertama kali menangguhkan pemilihannya yang sepatutnya diadakan pada 2021 sehingga tempoh 18 bulan, berakhir Disember 2022.

Namun pada akhir tahun lalu, UMNO meminda Fasal 10.16 perlembagaanya dan membenarkan penangguhan sekali lagi pemilihan iaitu enam bulan selepas pilihan raya peringkat Dewan Rakyat.

Tarikh akhir pemilihan UMNO terkini adalah pada 19 Mei 2023.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan