34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Pahang senaraikan 29 individu bukan Datuk, Datuk Seri

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN negeri Pahang mengeluarkan notis Awam menyenaraikan 29 nama individu yang tiada dalam senarai penerima Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur.

Ia susulan kes pemalsuan penerima pingat kebesaran negeri yang membawa gelaran Datuk dan Datuk Seri, sebelum ini.

Notis yang dikeluarkan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak berkenaan dikongsikan di Facebook rasmi Kerajaan Negeri Pahang.

Difahamkan, setakat ini Kerajaan Negeri hanya mengeluarkan Notis Awam berkenaan dan tiada tindakan lain.

Advertisements

Sebelum ini dua bekas kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Pahang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, pada 28 Disember tahun lalu, atas pertuduhan mengubahsuai kandungan laman sesawang sistem pengurusan darjah kebesaran dan pingat negeri Pahang tanpa kebenaran, dua tahun lalu.

Kedua-dua lelaki berusia 30 dan 36 tahun itu didakwa tanpa kuasa menggunakan nombor pengenalan mereka untuk memasukkan sejumlah nama individu ke dalam laman sesawang sistem pengurusan darjah kebesaran dan pingat negeri Pahang sebagai penerima pingat Datuk dan Datuk Seri daripada Sultan Pahang sedangkan individu terbabit tidak disenaraikan untuk menerima anugerah berkenaan.

Kedua tertuduh dibenarkan diikat jamin RM5,000 bagi setiap pertuduhan dan kes terbabit akan disebut semula pada 13 Februari depan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan