24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

DBKL gempur premis perniagaan warga asing

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PADAH buat warga asing yang masih degil menjalankan perniagaan di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur dan Pusat Bandar Utara apabila diserbu pihak berkuasa kelmarin.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, pihaknya meneruskan lagi tindakan penguatkuasaan terhadap penjaja warga asing susulan aduan diterima.

Menurutnya, dengan kekuatan 13 anggota, sejumlah lapan tindakan sita dilaksanakan terhadap penjaja warga asing.

“Sebanyak enam notis mengikut Kaedah 12(3A) dikeluarkan kepada kenderaan yang membuat halangan.

“Tindakan seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa,” katanya dalam Facebook hari ini.

Perkongsian berkenaan mendapat pelbagai reaksi positif warganet dan ada yang meminta supaya aktiviti serbuan seperti itu dapat dilaksanakan dari masa ke masa.

Menurut pemilik akaun Facebook dengan nama Nor Haya, dia mengucapkan syabas kepada DBKL kerana tindakan proaktif tersebut.

Advertisements

“Syabas DBKL. Kena selalu buat tindakan. Seminggu sekali atau tiga hari sekali buat rondaan dan benteras,” cadangnya.

Bagi Mohd Rahmat Mohd Shariff pula, masalah berkenaan sudah berlarutan puluhan tahun.

“Mohon istiqomah kerana masalah ini dah berlarutan berpuluh tahun,” kata Mohd Rahmat.

Dalam pada itu, ada warganet yang memohon agar pihak berkuasa seperti Imigresen dapat dilibatkan sekali bagi mengesan sama ada warga asing berkenaan masuk secara sah atau sebaliknya ke negara ini.

“Saya bagi cadangan saja… masa nak buat operasi, panggil skali la Imigresen. Setakat sita… esok lusa diorang datang niaga balik. Kalau tangkap, pasti sampai bila pun dia tak buat dah,” ujar Rosmadi Shakri.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan