26.6 C
Kuala Lumpur
Monday, July 15, 2024

MOT bincang laksana pengangkutan awam percuma bagi OKU

Pelaksnaan pengangkutan percuma OKU dan juga kepada pelajar memang sudah ada dalam perancangan kementerian sebelum ini yang bertujuan untuk membantu dan memperkasakan golongan berkenaan.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pengangkutan (MOT) akan berbincang dengan pengurusan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengenai pelaksanaan perkhidmatan pengangkutan terutama tren secara percuma kepada golongan orang kurang upaya (OKU) dan pelajar dalam masa terdekat.

Menterinya Anthony Loke Siew Fook berkata, perkara itu (pengangkutan percuma OKU dan pelajar) memang sudah ada dalam perancangan kementerian sebelum ini bertujuan untuk membantu dan memperkasakan golongan berkenaan.

Malah, beliau juga telah meminta KTMB untuk mengoptimumkan subsidi yang disalurkan daripada kerajaan bagi memberi manfaat dan kemudahan kepada golongan sasar terutama warga OKU dan pelajar yang menggunakan perkhidmatan itu di seluruh negara.

“Semalam selepas mesyuarat saya telah meminta pihak operator khususnya KTMB dan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) bagaimana kita nak laksanakannya.

“Ia bagi kegunaan golongan OKU dan pelajar termasuk kawasan Pantai Timur, Lembah Klang dan Utara.

“Contohnya kita ada komuter dari Negeri Sembilan ke Tanjung Malim, Padang Rengas ke Alor Setar dan kereta api di Pantai Timur, ada juga perkhidmatan yang digunakan pelajar, kita lihat bagaimana nak tawarkan, namun makluman lanjut akan diumumkan selepas Tahun Baharu Cina,” katanya.

Advertisements

Beliau yang juga Ahli Parlimen Seremban itu berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Pertandingan Kaligrafi Cina 2023 di Sekolah Tinggi Chung Hua yang dirasmikan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun hari ini.

Beliau berkata, fokus kementerian pada masa ini adalah bagi mengoptimumkan sumber selain menstruktur semula bantuan dan subsidi yang diberikan kerajaan supaya lebih bersasar dan sistematik sekali gus sampai kepada golongan memerlukan.

“Saya tak perlukan peruntukan tambahan daripada Kementerian Kewangan, (guna) peruntukan sedia ada, apabila kita merombak semula (subsidi) dan sasarkan peruntukan itu ia akan membantu khususnya kepada OKU dan pelajar,” katanya.

Semalam, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri dilaporkan berkata, warga OKU bakal menikmati kemudahan tambang pengangkutan awam seperti Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan bas henti-henti secara percuma.

Menzahirkan keterbukaannya dan rasa terima kasih atas cadangan itu, Loke berkata kementerian juga sedang melihat sektor atau perkhidmatan lain yang mungkin dapat diberikan dengan percuma secara berfasa kepada OKU dan pelajar.- BERNAMA

Advertisements

Terkini

PM umum peruntukan RM31.7 juta untuk rancangan Felda

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan kelulusan peruntukan sebanyak RM31.7 juta bagi melaksanakan projek ekonomi tambahan...

Lagi Artikel Berkaitan