26.5 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

OPR kekal pada 2.75 peratus – Bank Negara

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BANK Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada kadar 2.75 peratus.

Dalam satu kenyataan, BNM berkata pada tahap OPR semasa, pendirian dasar monetari kekal akomodatif dan menyokong pertumbuhan ekonomi.

“Langkah seterusnya untuk mengembalikan tahap akomodasi dasar monetari ke tahap yang wajar akan ditentukan oleh keadaan yang berubah-ubah dan kesannya terhadap prospek inflasi dan pertumbuhan dalam negeri.

Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) akan terus menentukur tetapan dasar monetari yang mengimbangi risiko kepada inflasi domestik dan pertumbuhan mampan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bank pusat itu juga menjelaskan, ekonomi global terus terjejas akibat tekanan kos yang kekal tinggi, kadar faedah yang lebih tinggi serta gangguan berkaitan COVID-19 di China.

Kenyataan itu juga menambah, kesan faktor ini melebihi kesan sokongan daripada keadaan pasaran pekerja yang positif serta pembukaan semula sepenuhnya ekonomi dan sempadan antarabangsa.

“Bagi menguruskan tekanan inflasi, bank-bank pusat dijangka terus menaikkan kadar faedah, meskipun pada kadar yang lebih perlahan.

“Tindakan ini akan menyebabkan prospek pertumbuhan global terus menghadapi rintangan.

“Namun begitu, pertumbuhan di China dijangka bertambah baik apabila gelombang semasa COVID-19 di negara itu reda,” katanya.

OPR kali terakhir dinaikkan sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus pada November. – Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan