32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Mayat lelaki dikerat enam ditemukan tepi lebuhraya

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MAYAT yang dipotong kepada enam bahagian dan disumbatkan ke dalam bagasi ditemukan di tepi Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur Rawang Selatan arah utara di Sungai Buloh, Selangor, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada pukul 11.25 pagi tadi daripada orang awam.

“Siasatan awal mendapati mayat di dalam bagasi itu seorang lelaki dewasa yang masih belum dikenal pasti indentitinya.

“Maklumat lanjut akan diperoleh esok ekoran bedah siasat akan dilakukan di Hospital Sungai Buloh esok pagi,” katanya seperti dilaporkan media

hari ini.

Advertisements

Menurut Shafa’aton, mayat yang dijumpai tidak lengkap kerana hanya ada keratan badan dari pinggang ke atas tanpa kepala dalam bagasi tersebut.

Menurutnya, mayat tidak sempurna kerana tiada kepala serta kedua-dua tangan dan kaki.

“Sehubungan itu, kes di siasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan