24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

2,000 penguatkuasa JPJ terlibat dalam Ops TBC

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 2,000 anggota penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan dilibatkan dalam Ops Tahun Baru Cina (TBC) pada tahun ini, sebagai inisiatif mengurangkan nahas dan kematian di jalan raya.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, sepanjang tempoh tersebut, beberapa aktiviti penguatkuasaan akan dilaksanakan.

“Antaranya, kaedah ‘penyamaran’ sebagai penumpang bas ekspres; Pemantauan melalui Enforcement Based Station (EBS) di 14
lokasi tumpuan sepanjang lebuh raya; Pelaksanaan Perception of Being Caught (POBC) secara rondaan di laluan utama Jalan Persekutuan; dan Ops Khas Motosikal serentak di seluruh negara yang akan diadakan secara bersepadu bersama agensi yang berkaitan.

“Selain daripada itu, JPJ turut menjalankan Pra-Ops TBC bermula dari
14 hingga 17 Januari 2023 yang melibatkan pemeriksaan bas di 77 buah depoh dan 28 terminal bas utama seluruh Negara bagi tujuan memastikan bas berada dalam keadaan roadworthiness,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada pada Majlis Pelancaran Ops Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya bersempena Perayaan Tahun Baru Cina 2023 di Kawasan Rehat dan Rawat Dengkil (arah utara) Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) di sini, hari ini.

Anthony berkata, seperti setiap tahun, terdapat kawalan yang akan dilaksanakan menjelang setiap musim perayaan.

“Ini termasuk Perintah Larangan Pemanduan Kenderaan Barangan, yang akan berkuatkuasa pada dua hari sebelum dan dua hari selepas perayaan iaitu pada 20 dan 21 Januari 2023 (sebelum) serta 24 dan 25 Januari 2023 (selepas).

Advertisements

“Larangan ini bertujuan untuk mengelakkan risiko berlakunya sebarang
nahas jalan raya akibat percampuran dan pertambahan trafik antara
kenderaan berat dengan kenderaan ringan di atas jalan raya dan lebuh
raya, selain daripada mengelakkan kesesakan lalu lintas, sepanjang
tempoh perayaan,”katanya.

Menurut beliau, pada Ops TBC tahun ini, JPJ turut menguatkuasakan tujuh kesalahan utama yang tidak dibenarkan kompaun.

“Ia terdiri memotong barisan; memotong di garisan berkembar; tidak mematuhi isyarat lampu merah; memandu melebihi had laju penggunaan telefon bimbit semasa memandu; tidak memakai tali pinggang atau topi keledar; dan memandu di lorong kecemasan,”katanya.

Ujar beliau, untuk mengetahui sejauhmana tahap keberkesanan aktiviti
penguatkuasaan yang dilaksanakan, Institut Penyelidikan
Keselamatan Jalan Raya (MIROS) akan menjalankan Kajian
Persepsi Kebarangkalian Ditahan (POBC) bagi menilai tahap
keberkesanan penguatkuasaan sepanjang Ops TBC ini.

“Tempoh kutipan data adalah bermula daripada 4 hingga 17 Januari 2023
(sebelum tempoh Ops TBC) dan sepanjang tempoh Ops TBC, iaitu
pada 18 hingga 27Januari 2023.

“Ianya penting bagi membantu MOT dan JPJ mengenalpasti tahap pematuhan serta keberkesanan aktiviti advokasi dan penguatkuasaan yang dijalankan,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan