32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Mahkamah Luxembourg ketepi perintah sekatan waris Sultan Sulu

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MAHKAMAH di Luxembourg memutuskan untuk mengenepikan perintah sekatan saisie arrêt yang dimohon oleh individu yang mendakwa sebagai ‘waris’ kumpulan Sulu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, pada 24 Januari lalu, Mahkamah Daerah Luxembourg mengetepikan perintah sekatan yang dipohon kumpulan itu pada 11 Julai tahun lalu.

Menurutnya, perintah sekatan itu dibuat berasaskan kononnya Keputusan Muktamad Final Award dan Keputusan Awal (Preliminary Award) yang didakwa dikeluarkan oleh penimbang tara yang dilantik secara tidak sah, Dr Gondoza Stampa, masing-masing pada 28 Februari dan 25 Mei tahun lalu serta Perintah Exequatur secara ex parte pada 18 Mei 2022, yang mengiktiraf keputusan di Luxembourg.

“Dr Stampa dilaporkan memberikan award kepada penuntut sebanyak USD14.92 bilion (RM63.34 bilion). Malaysia kini mencabar Perintah Exequatur ex-parte di hadapan Mahkamah Rayuan Luxembourg.

“Malaysia dengan segera memohon Mahkamah Daerah Luxembourg untuk mendapatkan relif interim untuk melepaskan sekatan itu dan perbicaraan berlangsung pada 5 Disember tahun lalu di Mahkamah Daerah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azalina berkata, Mahkamah Daerah Luxembourg menerima cabaran Malaysia berdasarkan fakta bahawa pihak yang menuntut, menurut mahkamah, secara sukarela tidak mendedahkan alamat sebenar mereka.

Advertisements

Menurutnya, mahkamah mendapati bahawa tindakan penuntut tidak mendedahkan alamat sebenar mereka adalah sesuatu yang penting yang menghalang penyampaian dokumen dan penguatkuasaan keputusan yang mungkin dikenakan terhadap penuntut.

“Menurut mahkamah tindakan penuntut adalah sesuatu ‘kesusahan yang jelas terlarang’ yang menjejas dan merugikan Malaysia.

“Kelakuan itu adalah sesuatu perbuatan menipu dan penuntut secara konsisten menggunakan tipu daya dalam membuat tuntutan terhadap Malaysia.

“Tidak menghairankan bahawa kes pihak yang menuntut gagal pada peringkat pertama,” katanya.

Dalam pada itu, Azalina juga menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan negara, kekebalan kedaulatan dan kedaulatan Malaysia pada setiap masa dan akan terus secara bersungguh-sungguh mengambil semua tindakan yang perlu untuk menamatkan tuntutan palsu penuntut.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan