32.7 C
Kuala Lumpur
Monday, March 27, 2023

Kes pukul hingga mati: Pemuda UMNO tawar guaman percuma

Tindakan dilakukan pelajar tahfiz itu didorong oleh ketakutan dan ancaman terhadap keselamatan orang awam semata-mata

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PEMUDA UMNO menawarkan khidmat guaman percuma kepada sekumpulan pelajar tahfiz yang terbabit dalam kejadian memukul seorang pesakit mental hingga maut di Pulau Melaka, Kelantan.

Pengerusi Sekretariat Peguam Muda Pergerakan, Lefter Kol Bersekutu (PA) Nik Saiful Adli Burhan berkata, pihaknya percaya tindakan dilakukan pelajar itu bagi meredakan keadaan dan mempertahankan seorang wanita yang ditendang lelaki terbabit.

Bagaimanapun menurut beliau, tindakan itu berakhir di luar jangkaan mereka.

“Kami rasa dukacita dengan kejadian malang itu, tetapi percaya tindakan dilakukan pelajar tahfiz itu didorong oleh ketakutan dan ancaman terhadap keselamatan orang awam semata-mata tanpa ada niat jahat lain.

“Kami berharap siasatan dijalankan sewajarnya dan pada masa sama, tidak melayan pelajar terbabit seperti penjenayah lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nik Saiful berkata, pelajar berkenaan bukan kumpulan orang jahat, sebaliknya berada di tempat dan waktu yang salah.

Baca juga:   Pemuda UMNO desak siasat Mohd Nazlan

Susulan itu, menurutnya, pihaknya dengan rasa tanggungjawab menawarkan khidmat nasihat guaman percuma kepada kumpulan pelajar berkenaan bagi menjaga hak serta keadilan dicapai semua pihak.

“Kami juga menyeru rakyat Malaysia terutama pengguna laman sosial untuk tidak memperbesarkan isu ini yang boleh menjadi fitnah kepada agama,” katanya.

Semalam, seorang lelaki berusia 20an dan dipercayai mengalami masalah mental maut dipukul selepas dikatakan mengamuk di masjid Tok Guru Pulau Melaka pada pukul 7 malam.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata lelaki yang maut dipercayai dipukul itu dilaporkan keluar dari rumahnya di Pasir Puteh sejak kelmarin selepas mengamuk dan mencederakan neneknya.

Baca juga:   Siasat segera pendedahan bekas KPN - Pemuda UMNO

Menurut beliau, polis menerima laporan dibuat ibu mangsa selain dimaklumkan lelaki kurang siuman berusia 20-an itu tidak pulang selepas kejadian berkenaan.

Katanya, pihaknya kemudian menerima panggilan orang awam berkaitan kes mengamuk membabitkan lelaki yang sama pada pukul 7 malam tadi dan terus bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik sampai ke lokasi, mangsa didapati dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

“Mayat dibawa dengan ambulans ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk dibedah siasat.

“Hasil siasatan polis mendapati mangsa ke masjid terbabit untuk menunaikan solat Asar, bagaimanapun sekitar pukul 6.30 petang dia dilihat mengamuk dan berlaku pergelutan dengan pengawal keselamatan masjid berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Baca juga:   Pekerja kilang pengsan dipercayai terhidu gas bocor

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Tun M dakwa orang Melayu miskin selepas tidak lagi jadi PM

Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa orang Melayu menjadi lebih miskin selepas beliau tidak lagi menjadi Perdana Menteri.  Menurut Dr.Mahathir, beliau...

Lagi Artikel Berkaitan