26.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Lagi premis warga asing di KWC digempur, ditutup

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sekali lagi telah mengempur premis perniagaan warga asing di ibu negara menerusi Tindakan Khas Terhadap Premis Yang Dikendalikan Warga Asing sekitar Kenanga Wholesale City (KWC), Kuala Lumpur.

Operasi menerusi Jabatan Penguatkuasaan DBKL bermula lewat petang semalam dan berakhir pada pukul 10.30 malam tadi.

Menurut DBKL, serbuan dibuat hasil pemerhatian dan risikan khas oleh pasukan penguat kuasanya sejak seminggu yang lalu.

Katanya, serbuan kedua telah dijalankan secara mengejut ke atas 15 buah premis perniagaan barangan am melibatkan aktiviti penjualan pakaian, tekstil, alatan jahitan yang dikendalikan oleh warga negara Bangladesh, Indonesia dan Myanmar.

“Menerusi serbuan kali ini, DBKL membuat semakan ke atas 20 orang pembantu atau pengendali premis warga asing dan terus membuat tindakan penutupan serta-merta terhadap 14 buah premis menerusi Sek.101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976.

“Pihak DBKL juga turut mengeluarkan 15 notis kompaun terhadap premis-premis berkenaan menerusi Undang-Undang Kecil Tred Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 ( 5 notis Tiada Lesen Perniagaan, 10 notis Lantik Pembantu Tiada Kebenaran ),” katanya hari ini.

Sementara itu DBKL menegaskan pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik premis warga tempatan yang membenarkan warga asing mengendalikan perniagaan tanpa kebenaran.

Antara tindakan itu termasuk mengeluarkan surat tunjuk sebab dan pengesyoran penamatan atau pembatalan lesen perniagaan peniaga yang terbabit.

“DBKL akan meneruskan lagi tindakan pemantauan dan risikan berterusan di semua lokasi tumpuan (hotspot) yang lain melibatkan aktiviti-aktiviti perniagaan dikendalikan oleh warga asing,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan