25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Anwar hadir ke rumah terbuka MCA selepas 25 tahun

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SELEPAS hampir 25 tahun, Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini buat pertama kalinya menghadiri majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA di Wisma MCA di Kuala Lumpur, hari ini.

Kali terakhir Perdana Menteri menghadiri majlis berkenaan adalah ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri, sebelum dipecat daripada jawatan itu pada 1998.

Kehadiran Anwar ditemani isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Ketibaan mereka di Dewan San Choon, disambut Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong serta beberapa pemimpin parti lain.

Majlis dimulakan kira-kira pukul 9.40 pagi dengan tetamu menggaul ‘Yee Sang’ secara serentak sebagai simbolik sambutan perayaan tersebut.

Majlis rumah terbuka MCA itu turut dimeriahkan dengan persembahan tarian singa dan nyanyian.

Dalam majlis itu, Anwar, isteri dan Ahmad Zahid turut dijemput menerima buah limau daripada Ka Siong sebagai satu simbolik tanda kemakmuran, kestabilan dan kesejahteraan.

Turut hadir memeriahkan sambutan beberapa pimpinan parti politik dan anggota Kabinet Kerajaan Perapaduan.

-EDISI9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan