26.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Dua beradik ditinggal bersendirian rentung dalam kebakaran

Ibu bapa kanak-kanak kedua-dua kanak-kanak malang itu dikatakan keluar dan pintu gril terkunci.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DUA beradik ditemukan rentung selepas rumah kanak-kanak berkenaan terbakar di Jalan Simpang Tiga, Kampung Tanggut, Gombak, Selangor, awal pagi ini.

Mayat Muhammad Al Qayum Muhammad Faizan, 7, dan kakaknya, Nur Syaza Alfisya, 10, ditemukan di bilik utama rumah mereka selepas bomba memadamkan api kira-kira pukul 4.43 pagi ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, dua beradik berkenaan tinggal bersendirian dan sedang tidur.

Menurut beliau, ibu bapa kanak-kanak berkenaan dikatakan keluar dan pintu gril terkunci.

“Mayat kedua-dua kanak berkenaan ditemukan berhampiran katil mereka berkemungkinan cuba menyelamatkan diri tetapi gagal,” katanya hari ini.

Advertisements

Norazam berkata, pasukan bomba menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 3.54 pagi sebelum dua jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat Gombak dan Rawanh tiba di lokasi kejadian.

“Sampai di lokasi kejadian mendapati kebakaran melibatkan rumah teres kelas A  70 peratus.

“Setakat ini, operasi masih diteruskan bagi kerja-kerja overhaul,” katanya.

-EDISI9 

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan