27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Insiden tampar pelajar: KPM bakal ambil tindakan tatatertib

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) bakal mengambil tindakan sewajarnya termasuk tindakan tatatertib ke atas jurulatih yang didapati menampar dua orang pemain wanita pasukan tersebut.

KPM dalam satu kenyataan menegaskan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) jika ada laporan polis dibuat mengenai insiden tersebut.

“Pada masa yang sama, KPM juga akan meneruskan siasatan bagi tujuan tatatertib dan jika didapati bersalah, tindakan sewajarnya akan diambil.

“KPM sentiasa komited untuk memastikan keselamatan dan kebajikan murid sentiasa menjadi keutamaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ini susulan insiden yang tular di media sosial semalam berkaitan klip video yang melibatkan seorang jurulatih Pasukan Melaka Bawah 14 Tahun (Wanita) menampar dua orang pemain wanita pasukan tersebut.

Ujar kenyataan itu lagi, KPM memandang serius terhadap isu yang dilaporkan oleh pihak media dan satu sesi perjumpaan dengan ibu bapa murid yang terlibat akan dilaksanakan untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan laporan tersebut.

Terdahulu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk siasatan lanjut insiden itu.

“Laporan penuh menyusul dan KPM mohon saksi untuk tampil beri keterangan,” katanya malam tadi.

-EDISI9

Terkini

Warga Israel bersama 6 pucuk senjata api ditahan

SEORANG lelaki warga Israel ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama enam pucuk pistol di sebuah hotel di Jalan Ampang,...

Lagi Artikel Berkaitan