32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

COVID-19: WHO saran pelitup muka bagi penerbangan jarak jauh

Syarikat penerbangan wajar menyarankan pemakaian pelitup muka bagi penumpang dari lokasi penularan COVID-19 pada kadar tinggi.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan supaya penumpang pesawat penerbangan jarak jauh memakai pelitup muka.

Langkah itu bagi mengekang penularan subvarian virus Omicron yang kini menular dengan pantas di Amerika Syarikat (AS).

Pegawai Kanan Kecemasan WHO Eropah, Catherine Smallwood menambah, syarikat penerbangan wajar menyarankan pemakaian pelitup muka bagi penumpang dari lokasi penularan COVID-19 pada kadar tinggi.

Di Eropah, subvarian XBB1.5 dikesan semakin menular dan meningkat.Sehingga kini, Omicron direkodkan sebagai subvarian paling mudah menular

Ia menyumbang 27.6 peratus kes di AS untuk tempoh minggu berakhir 7 Januari lalu, lapor Astro AWANI.

Advertisements

Bagaimanapun tidak didedahkan sama ada subvarian XBB1.5 boleh mencetus gelombang jangkitan baharu di seluruh dunia.

Ketika ini, vaksin sedia ada masih berfungsi melindungi pesakit daripada simptom kritikal, kemasukan ke hospital dan kematian.

Kebimbangan mengenai subvarian Omicron kembali meningkat susulan penularan kes di AS.

Ini juga disumbang tindakan China menarik semula polisi sifar COVID bulan lalu. – AGENSI

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan