25.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Ahli UMNO berhak bersuara, kemuka bantahan

Ahli UMNO boleh rujuk melalui Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AHLI UMNO berhak untuk bersuara dan mengemukakan bantahan jika tidak bersetuju dengan keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 termasuk usul tambahan mengenai jawatan Presiden dan Timbalan Presiden yang tidak dipertandingkan.

Perkara itu, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, boleh dirujuk melalui Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

“Bukan bawa ke mahkamah sebaliknya ke ROS jika ada kalangan ahli UMNO yang tidak bersetuju dan terserah kepada mereka.

“Keputusan parti tidak boleh dicabar di peringkat mahkamah kerana tertakluk kepada Seksyen 18 C Akta Persatuan menetapkan bahawa keputusan membabitkan parti adalah muktamad dan tidak boleh dicabar di mahkamah,”katanya ketika mengadakan lawatan ke wad pediatrik Hospital Kajang memetik laporan Sinar Harian.

Menurutnya, walaupun beliau tidak bersetuju dengan usul tambahan namun sebagai Ahli Majlis Tertinggi (AMT), terpaksa akur dengan suara perwakilan.

“Saya sebagai (AMT) sudah tentu tidak akan mengambil tindakan,”katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, usul yang dikemukakan dan diluluskan semasa PAU itu tidak sah dan bertentangan dengan perlembagaan parti.

“Perlembagaan parti menyebut dengan jelas pemilihan mesti dilakukan tiga tahun sekali atau sepanjang tempoh dibenarkan penangguhan.

“Walaupun PAU merupakan yang tertinggi dalam parti tetapi apa yang dilakukan dalam PAU tidak boleh bertentangan dengan perlembagaan parti.

“Seperti di Parlimen, walaupun kita boleh gubal akta tetapi ia tidak boleh bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Jika bertentangan ia tidak boleh dilaksanakan,” katanya

Advertisements

Beliau turut menegaskan, tindakan menyekat ahli bersuara akan mendapat respons tidak baik daripada golongan muda yang kritis.

“Tindakan menyekat itu jelas apabila wakil pelajar daripada kelab UMNO luar negara yang memberi kritikan di twitter telah dihalang berucap.

“Tindakan ini memberikan tanggapan buruk dalam kalangan orang muda terutama melibatkan pelajar.

“Seolah kita tidak boleh ditegur, kalau tidak akan dikenakan tindakan. Dalam parti sudah jelas, siapa tegur akan pecat atau digantung,” ujarnya.

Pada 14 Januari lalu, keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 meluluskan usul supaya jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan tahun ini merupakan keputusan muktamad perwakilan parti.

Ia bertujuan memberi ruang kepada pucuk pimpinan meneruskan agenda memulihkan parti.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, perkara itu berlandaskan perlembangaan dan peraturan mesyuarat.

“Perwakilan yang diabsahkan ialah perwakilan dalam PAU dan perkara ini dilaksanakan mengikut fasal dalam perlembagaan parti dan juga fasal dalam peraturan parti,”katanya dalam sidang media selepas sesi penggulungan bersempena PAU 2022.

Terdahulu, majoriti perwakilan menyokong usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti tahun ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan