24.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, February 2, 2023

100 kenderaan dikesan lakukan kesalahan jalan raya

JPJ ingin menegaskan bahawa kesalahan tersebut merupakan antara tujuh kesalahan tidak boleh dikompaun dan akan terus didakwa ke mahkamah.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 100 kenderaan telah dikesan melakukan kesalahan jalan raya dalam Ops Pemantauan Khas yang dijalankan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersempena Perayaan Tahun Baru Cina 2023.

JPJ menerusi kenyataan dikeluarkan berkata, lemantauan Ops TBC hari ke empat (4) ini telah dilaksanakan di laluan sepanjang lebuh raya dari Johor Bharu ke Putrajaya, sekitar jam 10 pagi hingga 2 petang tadi.

“Hasil pemantauan tersebut, JPJ berjaya mengesan dan merakam kira-kita lebih 100 buah kenderaan yang melakukan kesalahan memandu di lorong kecemasan.

“JPJ ingin menegaskan bahawa kesalahan tersebut merupakan antara tujuh kesalahan tidak boleh dikompaun dan akan terus didakwa ke mahkamah,” katanya.

Sehubungan dengan itu, JPJ menyeru orang ramai untuk mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan sepanjang musim perayaan ini.

Baca juga:   Inflasi negara boleh cecah 11.4 peratus jika subsidi dihapuskan

“Ia bagi mengelak berlakunya kesesakan dan menjadi punca kemalangan maut di jalan raya

Sebarang aduan kesalahan lalu lintas termasuk tujuh (7) kesalahan utama, boleh disalurkan melalui menu [email protected] di Aplikasi MyJPJ atau melalui aduan email JPJ [email protected] – Edisi 9

Wartawan

Terkini

EMRAZ sasar 12,000 jemaah menerusi pembiayaan umrah AmBank Islamic

EMRAZ Travel & Tours (EMRAZ), sebuah agensi pelancongan dan pengendali umrah dan haji menyasarkan sebanyak 12,000 jemaah bakal menggunakan...

Lagi Artikel Berkaitan