25.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 8, 2024

Dua cedera, lori rempuh enam kenderaan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBUAH lori dipercayai mengalami masalah brek merempuh enam kenderaan dalam kejadian di Jalan Baru Dengkil-Kota Warisan petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 4.45 petang apabila lori yang dipandu seorang lelaki berumur 44 tahun itu dari arah Kota Warisan ke Tanjung 12, Jalan Banting Baru.

Menurutnya, lori tersebut dipercayai tidak sempat berhenti lalu melanggar belakang sebuah kenderaan lain sekali gus mengakibatkan beberapa kenderaan di lokasi turut mengalami kerosakan.

“Dua individu dipercayai pemandu dua kenderaan yang terlibat dalam kejadian tersebut mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Advertisements

“Siasatan berkaitan kejadian masih dijalankan melibatkan pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sebuah lori dipercayai mempunyai masalah brek merempuh enam kenderaan di Jalan Baru Dengkil-Kota Warisan pada Jumaat.

Tambah beliau, orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Mahkota: BN sekali lagi pertaruh calon Pemuda 

BARISAN Nasional (BN) sekali lagi menpertaruhkan wakil Pemuda UMNO sebagai calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

Lagi Artikel Berkaitan