25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Bekalan ayam, telur kembali normal, cukup mulai Februari

Jaminan itu disampaikan Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) dalam pertemuan kelmarin.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENGELUARAN bekalan ayam dan telur akan normal dan mencukupi untuk pasaran
tempatan bermula bulan ini.

Jaminan itu disampaikan Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) dalam pertemuan kelmarin.

MAFS dalam kenyataan dikeluarkan berkata, sehubungan dengan itu, pihak kementerian akan terus komited mengadakan libat urus bersama pemain industri.

“Ini bagi memastikan industri ayam dan telur terus mampan bagi menjamin bekalan makanan sentiasa mencukupi untuk keperluan rakyat,” katanya.

Terdahulu, Menteri MAFS, Mohamad Sabu telah mengadakan pertemuan dengan FLFAM yang diketuai Presiden, Tan Chee Hee di Putrajaya.

Pertemuan berkenaan diadakan bertujuan bagi membincangkan Memorandum FLFAM berkaitan isu-isu yang menjejaskan kemampanan dan daya saing industri unggas khususnya ayam daging dan telur.

Menurut MAFS, beberapa isu lain yang turut dibangkitkan FLFAM telah dibincangkan bersama adalah seperti harga kawalan dalam tempoh yang panjang menyebabkan penternak berhadapan kerugian kerana kos pengeluaran terus meningkat.

“Selain itu, mengenai keperluan meningkatkan produktiviti melalui penternakan secara sistem tertutup dan isu aliran tunai di kalangan penternak.

“Perkara lain turut dibangkitkan adalah jangkaan bekalan ayam dan telur serta kos pengeluaran.

“Dalam pertemuan tersebut FLFAM telah memberi jaminan kepada MAFS bahawa
pengeluaran bekalan ayam dan telur akan normal dan mencukupi untuk pasaran
tempatan bermula bulan ini.

“Mereka juga telah menyatakan komitmen dan jaminan ini dalam siaran media FLFAM semalam,” katanya.

Hadir sama dalam pertemuan tersebut Ketua Setiausaha MAFS, Datuk Lokman Hakim Ali, dan Pegawai-pegawai Kanan MAFS.

Ujar MAFS, FLFAM turut menzahirkan penghargaan mereka kepada Kerajaan atas usaha dan sokongan dalam mencari penyelesaian yang seimbang tentang masalah yang dihadapi oleh pengguna dan industri di Malaysia berikutan pelbagai cabaran yang wujud dalam proses rantaian bekalan makanan di seluruh dunia. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan