31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Tok Mat harap momentum kemenangan pada PRN NS, Jun depan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIMBALAN Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan mengharapkan momentum kemenangan dapat diraih ahli dan jentera UMNO di Negeri Sembilan dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan selewat-lewatnya Jun ini.

Justeru, kata Ketua UMNO Bahagian Rembau itu, teruskan semangat dan tekad ini untuk menghadapi pula PRN Negeri Sembilan.

Terdahulu, dalam Majlis Makan Malam Jentera Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) DUN Parlimen Rembau, beliau mengucapkan terima kasih kepada seluruh jentera parti yang telah bekerja kuat dan bersungguh-sungguh dalam memastikan kemenangan tersebut.

“Malam tadi bersama kepimpinan UMNO bahagian Rembau meraikan seluruh jentera parti UMNO dari DUN Paroi, yang bekerja kuat dan bersungguh-sungguh memastikan Parlimen Rembau menang di kawasan DUN ini.

“Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua jentera petugas-petugas di setiap peringkat di PDM (Pusat Daerah Mengundi) dan di cawangan masing-masing yang membantu tanpa mengira penat dan masa,” kata Menteri Pertahanan itu.

Mohamad Hasan bergambar dengan jentera DUN Parlimen Rembau yang hadir pada majlis tersebut.

Pada PRU15 lalu, Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi kerusi Parlimen Rembau dengan majoriti 19,887 undi.

Mohamad atau Tok Mat berjaya menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Nazree Mohd Yunus (21,875 undi), Ramly Awalludin daripada Pejuang (529 undi) dan S Tinagaran daripada Parti Sosialis Malaysia (779 undi). – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan