24 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 4, 2023

Malaysia Naib Johan Pertandingan Kuiz ASEAN di Myanmar

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIGA peserta wakil Malaysia telah berjaya merangkul gelaran Naib Juara dalam Pertandingan Kuiz ASEAN Peringkat Rantau 2022 yang diadakan di Myanmar.

Mereka adalah Sky Broxlyne Roy Maxwill dari Sekolah Menengah Kebangsaan Mat Salleh
Ranau, Sabah, George Loh Ing Won dari Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist, Sarawak dan Muhammad Adam Haiqal Shaari Ismail dari Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu, Terengganu.

Dengan bertemakan “ASEAN: A community of Peace, Prosperity and Sustainability”, Myanmar telah menjadi tuan rumah Kuiz ASEAN Peringkat Rantau ke-10 untuk pertama kalinya dan pertandingan tersebut telah diadakan di Nay Pyi Taw pada hari ni 14 Disember 2022 (Rabu).

Pertandingan ini merupakan acara dwi-tahunan yang diadakan secara berkala di bawah kalendar ASEAN-COCI (Committee of Culture and Information) – yang merupakan antara badan di bawah ASEAN.

Kuiz ini telah memasuki edisi ke-10 penganjurannya pada tahun ini, setelah berjaya dilaksanakan sejak tahun 2002.

Baca juga:   Wan Saiful desak Asyraf minta maaf tuduh beli ahli

Antara objektif Kuiz ASEAN ini adalah
untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan kesedaran mengenai hal ehwal ASEAN dalam kalangan peserta, di samping bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada golongan belia terhadap aspek kebudayaan, politik,
ekonomi dan sosial negara-negara ASEAN.

Pertandingan Kuiz ASEAN Peringkat Rantau dianjurkan secara bergilir oleh negara anggota ASEAN setiap dua tahun sekali sejak tahun 2002. (Thailand pada tahun 2002, Brunei pada tahun 2004, Malaysia pada tahun 2006,
Filipina pada tahun 2009, Kemboja pada tahun 2012, Vietnam pada tahun 2014, Laos pada tahun 2016, Indonesia pada tahun 2018 dan Singapura pada tahun 2020.)

Baca juga:   74 notis guna lampu strobe, beacon light

Pemilihan wakil Malaysia telah dibuat semasa Pertandingan Kuiz ASEAN Peringkat Kebangsaan 2022 yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia pada bulan Jun 2022.

Pertandingan Kuiz ASEAN Peringkat Kebangsaan tersebut telah diadakan
secara dalam talian bermula pada 1 hingga 30 Jun 2022 bagi memilih tiga peserta terbaik mewakili Negara.

Pertandingan Kuiz ASEAN Peringkat Kebangsaan 2022 telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan iaitu sebanyak 54,796 penyertaan. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Lagi Artikel Berkaitan