25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Sistem janji temu aplikasi MySejahtera diperluas

Antara kelebihannya termasuklah pelanggan dapat merancang lawatan ke fasiliti kesihatan primer mengikut kesesuaian masa.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SISTEM janji temu melalui aplikasi MySejahtera yang sedia ada di semua fasiliti kesihatan primer akan diperluaskan ke perkhidmatan lain di fasiliti kesihatan primer secara berperingkat.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, sistem janji temu Aplikasi MySejahtera bagi tahun 2023 telah mula sepenuhnya dan tempahan boleh dilakukan bermula hari ini.

Menurutnya, langkah berkenaan adalah bagi mempertingkatkan lagi kecekapan perkhidmatan dan akses klien di fasiliti kesihatan primer.

“Perkhidmatan berkenaan telah dimulakan di 673 Klinik Kesihatan secara berfasa, bermula dengan saringan Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (NHSI), Saringan Kesihatan Peka B40, Khidmat Berhenti Merokok (KBM) dan akan diperluaskan kepada perkhidmatan lain secara berperingkat.

“Sistem janji temu ini bertujuan membantu fasiliti kesihatan primer mengatur jadual perkhidmatan berdasarkan kapasiti masing-masing dan mengelakkan kesesakan di tempat pendaftaran dan menunggu.

“Antara kelebihan sistem janji temu atas talian ini termasuklah pelanggan dapat merancang lawatan ke fasiliti kesihatan primer mengikut kesesuaian masa.

Advertisements

“Selain itu, pelanggan juga boleh mengubah tarikh janji temu melalui Aplikasi MySejahtera dengan mudah tanpa perlu membuat panggilan ke fasiliti kesihatan.

“Sistem ini juga mempunyai fungsi Automated Reminder supaya pelanggan menghadirkan diri mengikut masa dan tarikh yang telah ditempah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk rekod, perkhidmatan yang akan dimasukkan dalam sistem janji temu adalah Rawatan Pesakit Luar, NHSI, Saringan Kesihatan Peka B40, Pemeriksaan Kesihatan Pra-Pekerjaan / Pra-Pengajian, Saringan Pra-Perkahwinan, KBM, Perkhidmatan Perancang Keluarga dan Prosedur bagi rawatan luka, penukaran tiub dan lain-lain lagi.

Ujar Dr Zaliha lagi, untuk kes kecemasan, kes demam atau penyakit berjangkit, orang ramai boleh terus ke fasiliti kesihatan primer tanpa perlu membuat janji temu. Sistem janji temu Aplikasi MySejahtera bagi tahun 2023 telah mula sepenuhnya dan tempahan boleh dilakukan bermula hari ini.

Dengan pendigitalan sistem perkhidmatan kesihatan yang disediakan KKM tersebut, beliau berharap ia dapat mempromosi program-program kesihatan di bawah fasiliti kesihatan primer kepada masyarakat dengan lebih berkesan serta menjadikan sistem perkhidmatan penjagaan kesihatan negara lebih efisien.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan