29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Pelbagai data dirujuk laksana subsidi bersasar – Salahuddin

Kerajaan tidak hanya menggunakan pangkalan data JPJ dan merujuk kepada CC kenderaan untuk pemberian subsidi bersasar petrol RON95

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan menggunakan pangkalan data bersepadu dan komprehensif sebelum memutuskan sebarang mekanisme pemberian subsidi bersasar termasuk petrol RON95.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pihaknya tidak hanya akan bergantung dengan satu rujukan data, sebaliknya memerlukan kerjasama pelbagai pihak untuk menjayakan inisiatif tersebut.

Menurut beliau, antara data yang akan digunakan adalah daripada Bank Negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Perangkaan Malaysia, Khazanah Nasional dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Kerajaan tidak hanya menggunakan pangkalan data JPJ dan merujuk kepada kuasa kuda (CC) kenderaan untuk pemberian subsidi bersasar petrol RON95. Data JPJ itu hanya satu daripada elemen yang akan digunakan dalam pemberian subsidi bersasar petrol RON95,” katanya.

Beliau menyatakan demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Temu Rapat Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup di Hotel Berjaya Waterfront, Johor Bahru malam tadi.

Advertisements

Sabtu lalu, Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai memaklumkan pangkalan data JPJ akan digunakan sebagai satu daripada elemen menjayakan program subsidi bersasar membabitkan petrol RON95.

Menurutnya, perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat kementeriannya bersama-sama dengan Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi, minggu lalu.

Pangkalan data JPJ digunakan untuk subsidi petrol RON95 kerana kerajaan boleh mengenal pasti pasti CC kenderaan golongan sasaran untuk pemberian subsidi petrol berkenaan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan