31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Jawatan tertinggi parti: Zahid serah kepada perwakilan UMNO

Bagaimanapun beliau tidak menjawab secara langsung sama ada bersetuju dua jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan pada pemilihan nanti.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kepada perwakilan UMNO sama ada akan ada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden atau sebaliknya.

Beliau yang juga Presiden UMNO serta Timbalan Perdana Menteri menegaskan demikian dalam program bual bicara bertajuk Rekonsiliasi Politik – Apa Untung Pada Negara malam tadi.

Malah Zahid juga mengakui beliau seorang yang demokratik.

“Jadi saya seorang yang demokrat. Saya arahkan kepada perwakilan untuk menentukan,” katanya.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu bagaimanapun tidak menjawab secara langsung adakah beliau bersetuju dua jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan pada pemilihan nanti.

Sebaliknya, beliau memberi contoh bekas-bekas Presiden UMNO yang sebelum ini pernah berbuat demikian.

“… Tetapi harus diingat ada beberapa kali jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak ditandingi. Di zaman pemimpin 22 tahun (Tun Dr Mahathir Mohamad) ada. Beberapa kali di zaman Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi).

“Zaman Datuk Seri Najib (Razak) Ada cadangan tetapi tak jadi… Beberapa kali juga beliau mengalami keadaan itu,” katanya.

Mengimbau kembali sewaktu menjadi pemangku Presiden UMNO pada 2018, Zahid berkata, beliau ketika itu memutuskan bahawa semua jawatan boleh dipertandingkan termasuk Presiden serta Timbalan Presiden.

Menurutnya, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi walaupun ada suara dalam UMNO yang mendesak supaya jawatan berkenaan tidak dipertandingkan.

“Ya saya mengakui bahawa pada 2018 walaupun keputusan Perhimpunan Agung 2017 meminta supaya Presiden dan Timbalan Presiden tidak ditandingi.

“Tetapi apabila saya menjalankan tugas sebagai Presiden walaupun ketika itu saya belum lagi Presiden dan cuma Naib Presiden Yang menjalankan tugas Presiden UMNO pada 2018, saya telah memutuskan dalam Majlis Tertinggi bahawa semua jawatan boleh dipertandingkan,” katanya.

Kelmarin, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dilaporkan berkata tiada sebarang ketetapan mengenai perkara itu (jawatan tertinggi UMNO dipertandingkan atau tidak) dibuat Majlis Kerja Tertinggi (MKT), sehingga hari ini.

Menurutnya, perkara itu mungkin diputuskan pada Mesyuarat MKT Khas yang akan diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO pada malam 12 Januari nanti.

Sebelum ini, wujud cadangan daripada beberapa pemimpin UMNO bahagian agar kedua-dua jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan memandangkan parti itu masih lemah ekoran kekalahan teruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Kali terakhir pemilihan UMNO dilakukan pada 2018 iaitu selepas PRU-14 dan parti itu telah membuat beberapa kali permohonan penangguhan dan terbaharu pada Mei lalu.

Pada Julai 2022, Pendaftar Pertubuhan membenarkan UMNO mengadakan pemilihan parti selewat-lewatnya enam bulan selepas PRU diadakan sepertimana yang dimohon oleh parti tersebut.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan