36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Pemilihan wakil UMNO dalam kerajaan perlu ikut hierarki – Annuar

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEMILIHAN wakil UMNO dalam kerajaan perlu mengikut keutamaan hierarki dan keredaan kepimpinannya memandangkan keputusan untuk menyertai Kerajaan Perpaduan diputuskan secara tuntas oleh Majlis Kerja Tertinggi parti.

Justeru, Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, UMNO tidak harus dipandang mudah atau menerimanya secara separuh-separuh.

“Ia keputusan parti yang wajar dihormati, bukan saja oleh ahlinya tetapi juga oleh Perdana Menteri yang mengetuai Kerajaan Perpaduan.

“UMNO tidak harus dipandang enteng atau to be taken for granted. UMNO juga tidak harus diterima separuh separuh.

“Umpama semangkuk gulai, jangan kuah di ambil tapi isi nak dibuang,” katanya hari ini.

Pada masa yang sama, bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata, barisan Kabinet di bawah pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim itu perlu gabungan mereka yang mampu menggalas tugas yang mencabar selepas ini.

Katanya, apa yang penting Anwar perlua mempunyai pasukan bekerja yang mantap dan berwibawa memandangkan rakyat sedang menanti sesuatu yang baik untuk semua.

“Rakyat menanti sesuatu yang baik untuk semua. Sudah lama rakyat menanti,” katanya.

Annuar juga yakin, sepertimana Perdana Menteri sebelum ini, Anwar juga berhadapan dilema untuk memilih barisan Kabinetnya kerana lobi datang dari pelbagai pihak.

“Itu sudah kelaziman dan saya percaya beliau (Anwar) tahu cara untuk menyelesaikannya,” katanya.

Anwar yang mengangkat sumpah jawatan pada 24 November lalu, sehingga kini masih belum mengumumkan barisan Kabinet kerajaan gabungan Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GRS) serta beberapa parti kecil lain.

Bagaimanapun, beberapa media yang memetik sumber melaporkan Pengerusi PH itu akan mengumumkan senarai Kabinet hari ini.

Difahamkan, beliau akan melantik dua orang mengisi jawatan Timbalan Perdana Menteri dengan salah satunya datang daripada BN sementara satu lagi antara GPS atau Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Sebelum ini, Anwar dalam sidang media pertama selepas mengangkat sumpah jawatan mengesahkan akan membentuk barisan Kabinet lebih kecil berbanding kerajaan sebelum ini. – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan