27.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 8, 2024

Nak pulihkan UMNO? Baguslah – Puad Zakarshi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

“BAGUSLAH jika ramai pemimpin UMNO yang berazam untuk kekal dalam UMNO dan mahu membaiki UMNO bila sudah tidak berjawatan,” kata Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi.

Puad berkata, sepatutnya mereka ini melakukannya sejak UMNO hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lagi.

“Tetapi mereka tidak berbuat apa-apa pun. Bahkan hampir merosakkan UMNO,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu mendakwa, antara kesalahan besar mereka ialah suka buat keputusan sendiri, tidak ikut keputusan parti dan mewujudkan kluster sendiri.

“Itu tidak membantu parti yang ketika itu cuba dibunuh.

“Ada caranya kalau mahu pulihkan UMNO. Taat keputusan parti. Jangan memandai buat keputusan sendiri. Jangan buat akuan sumpah (SD) sendiri. Ikut resam padi.

Advertisements

“Sebagai pemimpin buat cara memimpin. Bila sudah jadi ahli biasa, buatlah cari ahli biasa pula,” katanya.

Bagaimanapun hantaran beliau itu tidak merujuk kepada sesiapa namun secara jelas dituju kepada ahli UMNO.

Terbaharu, semalam Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan beliau akan menggunakan masa yang ada untuk memulihkan kembali keyakinan rakyat kepada UMNO.

“Memandangkan sekarang ada sedikit kelebihan masa, tidaklah sesibuk sebelum ini, masa yang ada ini saya akan gunakan sebaik mungkin demi kelangsungan dan masa depan parti,” katanya.

Beliau juga menolak tuduhan kononnya bakal meninggalkan BN dan menyertai parti lain sambil menegaskan akan kekal setia kepada UMNO.

“Ada satu soalan yang selalu orang tanya saya, pendirian macam mana dan selepas ini apa hala tuju dalam politik, bagi saya mudah saja. Saya tetap UMNO dulu, kini selamanya,” katanya.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

KLDX, AsiaNext perluas pasaran aset digital di rantau ini

BURSA sekuriti digital, KLDX menjalinkan kerjasama dengan bursa sekuriti aset digital, AsiaNext bagi memperluaskan pasaran aset digital di rantau...

Lagi Artikel Berkaitan