30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Pesara wanita rugi RM128,037 ditipu Macau Scam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG pesara wanita berusia 60-an terpaksa berputih mata selepas mengalami kerugian sebanyak RM128,037 kerana ditipu sindiket Macau Scam.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, sebelum kejadian berlaku, mangsa menerima panggilan telefon daripada suspek yang menyamar sebagai pegawai mahkamah Pulau Pinang.

“Suspek memaklumkan kepada mangsa kononnya mempunyai saman mahkamah kerana tidak membayar tunggakan ‘Touch n Go’ berjumlah RM11,800 pada 14 Disember lalu.

“Kemudian mangsa telah disambungkan ke beberapa individu yang menyamar sebagai polis dan individu tertentu,”katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Menurut Ramli, selain itu, suspek telah memberitahu mangsa turut mempunyai rekod kes jenayah dan meminta untuk memindahkan wang bagi mengelakkan akaun mangsa dibekukan.

“Mangsa yang bimbang kemudian telah mengikut setiap arahan suspek dan mengalami kerugian sebanyak RM128,037,” katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dengan panggilan telefon daripada individu yang tidak dikenali dan membuat semakan terperinci terlebih dahulu sebelum bertindak.

“Jangan sesekali membenarkan akaun bank digunakan oleh orang lain atau menyerahkan kad bank ATM mahupun nombor TAC kepada pihak lain untuk digunakan,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan