25.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

22 pegawai, 658 anggota ATM diatur gerak Op Murni Pantai Timur

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 22 pegawai dan 658 anggota bersama aset-aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah diatur gerak dalam pengoperasian Op Murni Pantai Timur.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, di negeri Terengganu melibatkam kekuatan seramai 13 pegawai dan 308 anggota.

“Mereka telah digerakkan bersama 20 buah trak dan tujuh buah bot tempur dan enjin serta pelbagai peralatan tambahan perairan dan perhubungan komunikasi.

“Sementara di Kelantan melibatkan kekuatan seramai sembilan pegawai dan 350 anggota telah diatur gerak.

“Mereka diatur gerak bersama 21 buah trak dan sembilan buah bot tempur dan enjin serta pelbagai peralatan tambahan perairan dan perhubungan komunikasi,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Mohamad berkata, kesemua warga ATM dan aset-aset berkenaan membantu menjalankan operasi menyelamat dan membantu mangsa terlibat sejak 7 Oktober lalu di bawah formasi Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat.

“Gabungan aset-aset milik ATM dan setiap agensi juga amat membantu bagi memindahkan mangsa banjir ke kawasan selamat khususnya Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Advertisements

“Di samping itu, turut mengagihkan makanan dan barang keperluan ke PPS serta kawasan yang terputus hubungan jalan darat,” katanya.

Ujar beliau, pihak ATM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta pihak berkuasa tempatan sentiasa bekerjasama rapat dengan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) peringkat daerah.

“Ini bagi memastikan koordinasi operasi dan bantuan berjalan dengan lancar,” katanya.

Semalam, Mohamad turut menyertai Op Murni di Terengganu dan turun padang, menyantuni 761 mangsa banjir daripada 213 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Banggol Peradong, Manir.

Mohamad pada sidang media berkata, pihaknya sedia menambah kekuatan aset dan anggotanya ke Pantai Timur terutama Terengganu sekiranya keadaan banjir semakin teruk bagi melancarkan misi membantu serta menyelamatkan mangsa banjir.

Beliau berkata, ia berdasarkan situasi banjir yang masih melanda negeri di Pantai Timur, selain kekerapan bencana yang berlaku setiap tahun.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan