25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, February 1, 2023

Selenggara sistem perparitan perlu dijadikan amalan kerja

Bercuti ke luar negara misalnya bukanlah keputusan terbaik ketika rakyat yang memilihnya dahulu ditimpa musibah.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan budaya penyelenggaraan sistem saliran dan perparitan perlu dijadikan amalan kerja harian dan bukannya berlakunya banjir baru tindakan diambil.

Beliau berkata, yang paling asas, sistem saliran dan perparitan perlu lebih terjaga termasuk aspek pendalaman agar diselenggarakan lebih baik agar tidak berlaku takungan air, tidak tersumbat dan sebagainya.

“Ini penting agar tidak berlaku banjir kilat mahupun banjir besar di desa mahupun perumahan di kota,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata, banjir boleh dijangka khususnya pada musim tengkujuh di pantai timur kerana perubahan monsun yang melibatkan faktor semula jadi dan geografi.

“Faktor manusia juga boleh menjadi faktor penyebab banjir besar boleh berlaku. Justeru, terdapat kawasan yang tidak pernah dilanda banjir besar kini turut dilanda banjir besar.

“Maka mana-mana pihak perlu lebih bersedia menghadapinya.

“Di sinilah keprihatinan pemimpin dituntut dan dinilai oleh rakyat.

“Bercuti ke luar negara misalnya bukanlah keputusan terbaik ketika rakyat yang memilihnya dahulu ditimpa musibah,”katanya.

Beliau berkata, banjir besar bukanlah baharu dalam suatu yang baharu dalam sejarah dunia, namun kurang diberikan perhatian pengajaran daripada bencana tersebut.

Baca juga:   Pendidik wajar memahami dan mengetahui peraturan sekolah

“Banjir besar yang berlaku ketika zaman Nabi Noh memberikan suatu metafora betapa persediaan menghadapi perlu dirancang teliti secara mikro dan makro.

Baca juga:   Presiden UMNO saran DUN Melaka bubar

“Ia juga suatu metafora perlakuan manusia hingga tercetus bencana tersebut.

“Kerakusan pembalakan haram dan penerokaan hutan secara tidak terkawal mengakibatkan ekosistem terjejas teruk. Kawasan tadahan hujan hilang fungsi.

“Kesemua ini menuntut kesedaran bersama untuk menstabilkan kembali ekosistem alam ini,”katanya.

Menurutnya, komitmen dan prestasi tinggi yang diberikan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yanh sentiasa bersiap siaga 24 jam amat dipuji.

“NADMA ada kepakaran dan kelengkapan walaupun masih ada lagi untuk ditambahbaik. NADMA mendapat peruntukan tambahan RM400 juta bagi kesiapsiagaan banjir hujung tahun ini.

“Namun apabila berlakunya banjir besar ia akan mengakibatkan kehilangan nyawa, kerosakan hasil tanaman dan ternakan, kerosakan harta benda dan boleh memusnahkan kemudahan infrastruktur yang ada.

“Mangsa banjir kehilangan rasa kebahagiaan, mengalami trauma, kenderaan rosak dan perlu dibaiki dan menyebabkan pendapatan terjejas malah hilang.

“Ini menyebabkan indeks kebahagiaan hidup merudum dan kesejahteraan hidup terjejas,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid memberitahu, pada tahun 2021, Jabatan Perangkaan Malaysia menganggarkan jumlah kerugian akibat banjir di seluruh negara bernilai RM6. 1 bilion yang meliputi kerosakan tempat kediaman, kenderaan, premis perniagaan dan infrastruktur.

“Kerugian besar tersebut tidak termasuk perbelanjaan besar dilakukan untuk bantuan pengurusan banjir besar, membaiki infrastruktur yang rosak teruk, menyediakan tempat perpindahan banjir dan pelbagai lagi untuk memastikan rakyat dapat dilindungi lebih baik,”katanya.

Baca juga:   Penganggur dipenjara dua tahun culik kanak-kanak

Pada masa sama, Ahmad Zahid turut menyeru kerajaan -kerajaan negeri supaya dapat merancang lebih baik bagi persediaan menghadapi banjir besar.

“Akan tetapi lebih penting ialah langkah pencegahan bagi memastikan kerosakan alam sekitar tidak memburukkan lagi keadaan yang sedia ada.

Baca juga:   UMNO kekang 'gunting dalam lipatan' - Ahmad Zahid

“Penguatkuasaan atau pembanterasan penerokaan hutan secara haram, penerokaan hutan tanpa peduli pemeliharaan alam sekitar perlulah dihentikan,”katanya.

Ujar beliau, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), mangsa banjir, para ahli akademik di menara gading juga dituntut untuk membantu memberikan maklum balas bagi membantu Kerajaan membuat penyelesaian terbaik bagi menangani isu banjir.

“Ini bagi memastikan kesejahteraan hidup penduduk di kawasan banjir dapat ditangani dengan lebih baik dan lebih berkesan,” katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

UMNO pecat Tun Faisal berkuat kuasa serta-merta

BEKAS Timbalan Ketua UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dipecat daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta. Beliau yang juga bekas...

Lagi Artikel Berkaitan