26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 17, 2024

Mohd Na’im mampu perkasa institusi kehakiman syariah – PPSM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PELANTIKAN Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Urusan Agama dijangka dapat memartabatkan lagi institusi kehakiman dan perundangan syariah di negara ini.

Presiden Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM), Abu Suffian Abd Yazizi berkata, ini kerana Mohd Na’im yang mempunyai pengalaman dan keilmuan yang luas bukan sahaja dalam perundangan syariah tetapi juga sivil.

Beliau berkata, PPSM yakin Mohd Na’im bukan sahaja akan memberi tumpuan kepada pengukuhan perjawatan dan pembinaan institusi kehakiman dan perundangan setanding dengan mahkamah sivil.

Malahan, katanya, beliau juga dapat memfokuskan kepada pengukuhan dan perluasan bidang kuasa menerusi penggubalan serta pindaan undang-undang syariah.

“Berdasarkan pengalaman luas beliau memimpin Jabatan kehakiman Syariah Malaysia dan juga sebagai Penasihat PPSM, agenda mengangkat perundangan dan kehakiman syariah juga telah diterjemahkan ke peringkat nusantara dan antarabangsa seperti mana penganjuran Persidangan Kehakiman Syariah Antarabangsa (Melaka) 2021 serta jalinan kerjasama strategik dengan pelbagai kedutaan dari Timur Tengah.

“PPSM berdiri teguh bersama Mohd Na’im untuk meneruskan program latihan kompetensi dan kepakaran kepada seluruh warga perundangan dan kehakiman syariah.

“Pada masa sama dapat merealisasikan usaha pembangunan insan menerusi Akademi Latihan Kehakiman Syariah,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Sehubungan itu, Abu Suffian berkata, ahli-ahli PPSM berasa amat bertuah dengan pelantikan tersebut kerana Mohd Na’im tetap tegas dan berprinsip dalam melaksanakan keadilan sepertimana tuntutan Allah dalam al-Quran.

Pada Sabtu lepas, Mohd Na’im mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara di Parlimen dan jawatan menteri di Istana Negara susulan pengumuman pembentukan Kabinet baharu oleh Perdana Menteri Jumaat lepas. – Edisi 9

Terkini

26 warga asing ‘kosong’ ditahan di sekitar Johor Bahru

SEBANYAK 26 warga asing ditahan dalam operasi di sekitar Johor Bahru kerana dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan...

Lagi Artikel Berkaitan