34.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

Berani berkhidmat rentasi sempadan politik – Syed Saddiq

Beliau mengajak semua pihak untuk membina Malaysia yang ditadbir dengan integriti dan bermaruah.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman berpandangan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju, perlu ada keberanian untuk berkhidmat merentasi sempadan politik.

Presiden MUDA itu berkata, kerajaan yang kuat dan stabil diperlukan ketika ini dengan pembangkang yang berkesan untuk memacu Malaysia ke hadapan.

Beliau turut mengakui amat mempercayai kepada konsep bipartisan.

“Masa untuk fokus bina semula Malaysia,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Syed Saddiq turut mengajak semua pihak untuk membina Malaysia yang ditadbir dengan integriti dan bermaruah.

Terdahulu, beliau berkongsi sekeping gambar ketika melawat Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, walaupun berada dalam parti yang berlainan, hormat beliau terhadap Muhyiddin tetap kekal.

“Pilihan raya sudah tamat, kini masa untuk fokus berkhidmat. Hormat kawan dan lawan. Dua jam berbual.

“TSMY (Muhyiddin) juga pengundi saya di Muar. Jasanya banyak,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum K-15 (PRU-15), Syed Saddiq mewakili MUDA menyumbang satu kerusi Parlimen bagi parti gabungan Pakatan Harapan (PH).

Beliau mempertahankan kerusi Parlimen Muar selepas menewaskan Abdullah Husin dari PH dan Mohd Helmy Abdul Latif dari Barisan Nasional dengan majoriti 1,345 undi.

Syed Saddiq merupakan Ketua Pemuda Bersatu pertama sejak penubuhannya pada 2016 sebelum bertindak meninggalkan parti itu pada 2020.

Beliau kemudian menubuhkan parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan menjadi pembangkang di bawah pentadbiran kerajaan PN pimpinan Muhyiddin. – Edisi 9

Terkini

Stoking kalimah Allah: KK Mart akan dipanggil bantu siasatan

POLIS akan memanggil pihak KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) dan beberapa individu lain bagi membantu...

Lagi Artikel Berkaitan