26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

BAP akan diagih oleh pihak sekolah selepas 12 Januari – KPM

Tiada sebarang borang atau dokumen yang perlu diisi oleh murid atau ibu bapa sebelum menerima BAP.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BANTUAN Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 kepada semua murid sepertimana diumumkan kerajaan Selasa lalu akan diagihkan oleh pihak sekolah selepas 12 Januari depan.

Kementerian Pendidikan (KPM) berkata, peruntukan tersebut akan disalurkan ke akaun Kumpulan Wang Kerajaan sekolah terlebih dahulu sebelum diagih secara tunai atau dikreditkan ke dalam akaun murid.

Menurut KPM, tiada sebarang borang atau dokumen yang perlu diisi oleh murid atau ibu bapa sebelum menerima BAP.

“Peruntukan BAP itu akan dikreditkan ke akaun sekolah seawal 12 Januari 2023 dan sekolah diminta mengagihkan bantuan itu kepada murid secepat mungkin sejurus menerima peruntukan berkenaan,” kata KPM dalam kenyataan hari ini.

Kementerian itu berkata, KPM juga tidak menyediakan sebarang talian khusus untuk pertanyaan tentang bantuan tersebut.

Sebaliknya, segala pertanyaan lanjut adalah dirujuk melalui Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 20 Tahun 2020: Bantuan Awal Persekolahan di laman sesawang rasmi KPM.

Isnin lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan persetujuan kerajaan untuk menyalurkan BAP bernilai RM150 kepada semua murid, tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa, pada Januari 2023.

Pengumuman itu dibuat semasa membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 di Dewan Rakyat.

Anwar berkata, langkah berkenaan penting untuk mempersiapkan murid dengan kelengkapan sekolah yang sewajarnya, selain memberi perbelanjaan bagi Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan pembelian buku teks.

Beliau berkata, bantuan tersebut akan diberikan kepada pelajar yang memenuhi kriteria seperti warganegara Malaysia dan murid Tahun Satu sehingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya bagi sesi Persekolahan 2023/2024.

“Kriteria lain adalah mereka pelajar di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama, Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan kerajaan, Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Sekolah Intergriti dan Sekolah Henry Gurney,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan