26.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Pilih pemimpin terbukti jalankan amanah – Muhyiddin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

“PILIHLAH pemimpin yang sudah terbukti berjasa dan dapat menjalankan amanah dengan baik sebagai pemimpin,”kata Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Itu pesan yang disampaikan beliau kepada anak muda yang baharu pertama kali mengundi ketika hadir pada Majlis sembang santai bersama penduduk Kundang Ulu, Parit Raja Gersik.

Kata Muhyiddin, beliau sempat berpesan kepada yang hadir terutama ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang kali pertama mengundi agar membuat pilihan yang bijak di hari mengundi 19 November nanti.

“Kita sebagai ibu bapa bertanggungjawab membimbing dan menerangkan kepada anak-anak kita parti mana yang perlu dipilih pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Nyatakan kepada anak-anak, pilihlah pemimpin yang sudah terbukti berjasa dan dapat menjalankan amanah dengan baik sebagai pemimpin.

“Pemimpin yang bersama rakyat ketika susah dan senang dan pemimpin yang prihatin ketika rakyat bergelut dengan kesulitan,” katanya.

Muhyiddin berkata, kepada anak muda, keluarlah beramai-ramai dan laksanakan tanggungjawab memilih pemimpin negara yang layak.

Advertisements

“Kita khuatir jika mereka tidak keluar mengundi, pemimpin yang bersih dan berwibawa terlepas peluang untuk diangkat menerajui negara.

“Ketika saya bertemu dengan jentera parti di Bilik Gerakan PDM Gersik, saya meminta mereka mengenal pasti pengundi mengikut kategori putih, hitam dan atas pagar.

“Santuni mereka secara berhemah, bertoleransi serta berikan penerangan yang jelas bagi membantu mereka membuat pilihan tepat,” katanya.

Dalam pada sama, kata beliau, rakyat perlu menolak pemimpin yang sudah terbukti tidak prihatin rakyat dan menjejaskan imej negara pada mata dunia.

“Inilah masa untuk kita berganding bahu, mengerah kudrat dan tenaga bagi memastikan hanya pemimpin yang layak dan berwibawa dipilih memimpin negara tercinta.

“Ini adalah pilihan raya paling penting yang menjadi penentu siapa dan parti mana yang bakal menerajui negara,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Usahawan Thalia Baiduri kecewa sikap buruk pembantu rumah

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri mengakui terkejut dan kecewa dengan sikap pembantu rumahnya yang selama ini dianggap baik. Malah wanita...

Lagi Artikel Berkaitan