26.3 C
Kuala Lumpur
Monday, December 5, 2022

Tidak perlu melampau dalam berkempen, keluar fatwa

Ceramah ekstrem seperti mengeluarkan dalil atau fatwa sendiri pada musim PRU perlu dielakkan kerana pengundi sudah bijak membuat keputusan sendiri.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CERAMAH kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) perlu lebih profesional dan tidak melampau sehingga boleh memecah-belahkan masyarakat di negara ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ceramah ekstrem seperti mengeluarkan dalil atau fatwa sendiri pada musim PRU perlu dielakkan kerana pengundi sudah bijak membuat keputusan sendiri.

“Saya ingat tak payah buat fatwa dalil-dalil macam-macamlah dalam musim-musim ini, jadi banyak kali dah cerita pasal dalil ini pun dah jadi sesuatu yang dimomokkan macam-macam.

“Kita pergi secara profesional lawan (PRU). Rakyat ada pemikiran sendiri dan rakyat (tahu) membuat keputusan. Kalau rakyat memberi sokongan kepada Barisan Nasional, (BN) ucap terima kasih,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Parlimen Sungai Petani, hari ini.

Baca juga:   Empat petugas media disahkan positif Covid-19

Turut hadir, calon kerusi parlimen berkenaan, Datuk Shahanim Mohamad Yusoff.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua Pemuda PAS Sik, Mohd Shahiful Mhd Nasir yang mengeluarkan hukum masuk neraka jika rakyat mengundi Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) pada PRU15 ini.

Mahdzir yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata, ketika ini setiap pemimpin parti politik perlu bersederhana semasa berkempen selain yakin dengan penyokong masing-masing.

“Kita tak perlu memecah-belahkan orang dengan tidak mahu memberi keyakinan kepada pengundi, contohnya sekarang ini BN sudah bersetuju akan lantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.

Baca juga:   Parti perlu bertanggungjawab urus sentimen penyokong - KPN

“Tapi pihak sana main isu seolah-olah BN akan lantik orang lain jadi Perdana Menteri sehingga ada yang pergi jumpa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi, itulah permainan mereka hendak pecah belahkan kita sedangkan kita sudah sahkan Ismail Sabri jadi Perdana Menteri,”katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Lagi Artikel Berkaitan