30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Peti undi bendera Malaysia hiasi laman utama Google Malaysia

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEMPENA ‘demam’ Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU) yang berlangsung hari ini, ikon peti undi pilihan raya dengan bendera Malaysia turut menghiasi paparan di laman utama Google Malaysia.

Pengunjung ke google.com hari ini akan melihat paparan peti undi dengan bendera Malaysia, Jalur Gemilang, ditempatkan di tengah perkataan Google, dan apabila paparan peti undi itu diklik, ia akan memaparkan penjelasan mengenainya.

Pilihan raya umum Malaysia 2022, secara rasminya merupakan pilihan raya umum Malaysia ke-15, dijadualkan berlangsung pada 19 November 2022 untuk memilih Ahli Dewan Rakyat di Parlimen Malaysia ke-15.

Sebanyak 221 kerusi di Dewan Rakyat akan dipertandingkan semasa pilihan raya daripada kerusi keseluruhan sebanyak 222.

Ini selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya bagi kerusi Parlimen Padang Serai diadakan pada 7 Disember depan berikutan kematian penyandangnya merangkap calon Pakatan Harapan (PH-PKR) M. Karupaiya Rabu lepas.

Lebih 20 juta pengundi berdaftar akan mengundi pada PRU15 hari ini untuk memilih wakil rakyat bagi kawasan masing-masing bagi tempoh lima tahun akan datang.

Turut berlangsung hari ini ialah pengundian bagi pilihan raya kecil DUN Bugaya di Sabah, yang ditangguhkan berikutan pengisytiharan darurat bagi membendung pandemik COVID-19.

Pusat mengundi di Semenanjung Malaysia akan dibuka mulai 8 pagi, manakala di Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan bermula pukul 7.30 pagi; dan pusat mengundi di semenanjung ditutup secara berperingkat antara 12 tengah hari dan 6 petang. – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan