31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Pemimpin parti utama, Muhyiddin, Zahid Hamidi selesai mengundi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEMIMPIN parti utama selesai menunaikan tanggungjawab mereka mengundi di kawasan masing-masing pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) hari ini.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang juga calon PN bagi Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin selesai menunaikan tanggungjawab mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Muar pada jam 9.15 pagi ini.

Sementara, Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga calon BN Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selesai membuang undi di Madrasah Manbail Ullum, Sungai Nipah Darat.

Beliau yang tiba pada jam 8.15 pagi di sekolah tersebut selesai menunaikan tanggungjawabnya pada jam 8.43 pagi.

Untuk rekod, seramai 58,183 pengundi berdaftar di kawasan Parlimen Bagan Datuk layak mengundi pada PRU kali ini.

Perebutan kerusi tersebut melibatkan saingan empat penjuru dengan penyandangnya, Ahmad Zahid berdepan saingan Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin dari Pakatan Harapan (PH) yang sebelum ini dilabel ‘giant killer’.

Ahmad Zahid mengundi di Madrasah Manbail Ulum Sungai Nipah Darat di Bagan Datuk hari ini.

Selain itu, dua lagi calon bertanding ialah Dr Muhammad Faiz Na’aman dari Perikatan Nasional (PN) dan calon Bebas, Mohamad Tawfik Tun Dr Ismail.

Ahmad Zahid menang dalam PRU14 dengan majoriti 5,073 undi.

Muhyiddin yang juga Pengerusi PN pula, berentap di Pagoh bersama dua lagi pesaingnya, Datuk Seri Razali Ibrahim yang mewakili Barisan Nasional dan Iskandar Shah Abd Rahman dari Pakatan Harapan (PH).

Pada PRU14 yang lalu, Muhyiddin memenangi kerusi berkenaan atas tiket PH dengan majoriti undi sebanyak 6,927. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan