26.7 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Anak Najib jangka penyokong bapanya boikot PRN

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ANAK lelaki bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjangkakan sebilangan penyokong bapanya tidak akan keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini.

Datuk Mohd Nazifuddin Najib berkata, keadaan itu sekaligus memberi kesan yang mungkin signifikan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, berdasarkan maklum balas di media sosial dan rakan-rakan jelas mereka semakin kecewa kerana tiada kelihatan tanda-tanda keadilan untuk Najib sejak terbentuknya Kerajaan Perpaduan.

“Ia sama ada daripada segi pengampunan Najib atau pun beberapa daripada baki lapan kes mengarut terhadap Najib digugurkan.

“Malah kes audit 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) yang Najib menang tanpa diarah bela diri pun kerajaan sedang merayu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua UMNO Bahagian Langkawi itu turut berpendapat kerajaan hari ini semakin sukar untuk menyakinkan penyokong Najib sebagaimana diulas adiknya, Nooryana Najwa.

Advertisements

Jelasnya, atas sebab terdapat beberapa pemimpin pihak lawan daripada Bersatu dan Pas mengambil kesempatan dengan turut menyuarakan sokongan mereka kebelakangan ini bagi pembebasan Najib.

Ini katanya, dengan harapan agar para penyokong Najib akan memberi undi kepada mereka dalam PRN pada 12 Ogos ini.

“Ramai juga faham bahawa sokongan umum dan sokongan akar umbi terhadap Datuk Seri Najib adalah besar dan mungkin melebihi sokongan parti,” katanya.

Bagaimanapun, Mohd Nazifuddin percaya Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sedar tentang kemungkinan yang akan berlaku.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahmad Zahid adalah veteran politik yang sangat berpengalaman dan saya percaya mereka sedar perkara ini dan mungkin ada perancangan mereka masing-masing bagi mengatasi isu ini,” katanya.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan