Monday, July 20, 2026

Bot rosak: 12 pemancing diselamatkan Maritim Malaysia

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 12 pemancing berdepan detik cemas apabila bot yang dinaiki mengalami kerosakan pada sistem kemudi pada kedudukan 24 batu nautika dari Pulau Jarak, Perak.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd. Hambali Ya’akup berkata, pihaknya bertindak pantas apabola berjaya menyelamatkan kesemua pemacing pada pukul 4.56 petang semalam.

Beliau berkata, maklumat insiden diperoleh daripada MRSC Langkawi berkenaan pengesanan distress daripada Personal Locator Beacon (PLB) milik salah seorang mangsa. 

“KM Tugau yang sedang melakukan rondaan rutin menerusi Op Pintas, Op Sayong dan Op Tiris telah diatur gerak ke lokasi dan melakukan pencarian dalam radius lima hingga lapan batu nautika.

“Bot yang ditemukan telah ditunda bot bantuan sambil diiring KM Tugau ke pelantar Bagan Parit 4, Hutan Melintang pada sekitar pukul 12.46 pagi tadi. Kesemua pemancing yang diselamatkan berada dalam keadaan stabil,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Mohd. Hambali berkata, komuniti maritim disarankan membuat persediaan sewajarnya sebelum turun ke laut dan menangguhkan sebarang aktiviti sekiranya keadaan laut bergelora.

Selain itu, katanya, pastikan bot dalam keadaan baik serta dilengkapi peralatan seperti jaket keselamatan, alat komunikasi dan peranti PLB untuk menghadapi sebarang situasi kecemasan.

“Patuhi undang-undang yang ditetapkan dan Maritim Malaysia tidak akan berkompromi ke atas mana-mana pihak yang melakukan sebarang salah laku bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan perairan negara sentiasa terpelihara,” katanya. – Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan