27.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Bekas pemenang Anugerah Kajai meninggal dunia

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BEKAS pemenang Anugerah Kajai, Wan Noor Hayati Wan Alias atau lebih dikenali sebagai Wanti meningggal dunia di Hospital Serdang, hari ini.

Allahyarham yang merupakan bekas wartawan Utusan Malaysia, Berita Harian dan Media Variasi itu menghembuskan nafas terakhir pada pukul 6.10 petang tadi.

Pemergian Wanti, 44, disahkan abangnya, Wan Mohd Faizal, 46, yang memaklumkan Allahyarham meninggal dunia akibat kegagalan jantung selepas bergelut dengan penyakit radang paru-paru.

Katanya, jenazah adiknya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bintongan, Rembau, Negeri Sembilan, pada pukul 11 malam ini. 

Advertisements

Media sebelum ini melaporkan, Wanti menerima rawatan di Hospital Putrajaya kerana kekurangan oksigen dan disahkan dijangkiti COVID-19 pada April lalu.

Sejak itu, tahap kesihatannya mula merosot dan sering berulang-alik untuk menerima rawatan di Hospital Serdang dan Hospital Kajang dipercayai kesan sindrom COVID-19 yang berpanjangan.

Sejak pulang ke rumah, keadaan Allahyarham difahamkan semakin lemah dengan badan semakin susut kerana tidak boleh makan dan minum. 

Bagaimanapun, Allahyarham dimasukkan semula ke Hospital Serdang pada dua hari lalu. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Kumpulan Richiamo umum penstukturan jawatan baharu

KUMPULAN Richiamo Sdn Bhd mengumumkan penstrukturan syarikat dengan melibatkan pertukaran dan pelantikan baru bagi mengetuai anak-anak syarikat yang ditubuhkan...

Lagi Artikel Berkaitan