27.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 30, 2023

Ahmad Zahid hargai sumbangan wartawan

Wartawan merupakan wira tidak didendang yang menyumbang kepada pembangunan negara

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sangat menghargai sumbangan para wartawan.

“Wartawan merupakan wira tidak didendang yang menyumbang kepada pembangunan negara.

“Kepada semua wartawan yang sering jadi wira tidak didendang, penghargaan saya kepada semua rakan-rakan pengamal media.

“Terima kasih diatas segala sumbangan ke arah pembangunan negara dan masyarakat MADANI,” katanya sempena Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2023 yang disambut hari ini.

Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939.

Pada masa sama, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO menyeru wartawan untuk terus berkarya dan menyajikan informasi yang berkualiti.

“Amalkan etika kewartawan dalam persekitaran dunia tanpa sempadan ini. Selamat menyambut hari wartawan,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Lima nelayan Vietnam ditahan ceroboh perairan negara

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu menahan sebuah bot nelayan asing ketika leka melakukan aktiviti menangkap...

Lagi Artikel Berkaitan