25 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Pertarungan paling sengit dalam karier politik – KJ

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, beliau berdepan pertarungan paling sengit dalam karier politiknya menghadapi pertandingan tujuh penjuru bagi kerusi Parlimen Sungai Buloh.

Bagaimanapun, wakil rakyat Rembau selama tiga penggal itu berkata, beliau tidak menganggapnya sebagai satu kelemahan tetapi sebagai cabaran untuk membawa perjuangan Barisan Nasional (BN) ke kawasan bandar.

“Saya menang tiga pilihan raya berturut-turut di Rembau, sekarang saya bertanding di kawasan yang kami kalah tiga pilihan raya berturut-turut. Tetapi saya menyahut caburan dan berharap penduduk Sungai Buloh akan memberi peluang kepada saya.

“Saya berharap dapat berkhidmat kepada rakyat Sungai Buloh dan juga berharap masyarakat Sungai Buloh dapat membantu saya berkhidmat untuk negara,” katanya kepada pemberita selepas mengemukakan pencalonannya di Dewan Kenanga, Pejabat Daerah dan Tanah Petaling.

Ditanya mengenai spekulasi ia boleh menamatkan karier politiknya sekiranya beliau kalah, Khairy yang lebih dikenali sebagai KJ berkata: “Saya belum bersedia untuk bersara.”

Advertisements

Sementara itu, mengulas mengenai kenyataan penyandang tiga penggal Sungai Buloh, R. Sivarasa bahawa undi kepada Khairy bermakna undi kepada Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Khairy berkata “satu undi kepada KJ di Sungai Buloh adalah undi kepada KJ.”

Naratif ini mesti dijelaskan sekarang juga, calon Perdana Menteri BN adalah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Saya akan mendukung beliau sebagai calon Perdana Menteri seperti yang diumumkan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid sendiri, tiada kekeliruan di situ,” katanya.

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy dicabar oleh calon Pakatan Harapan (PH) Datuk R. Ramanan dalam usaha PKR untuk mengekalkan kerusi itu bagi kali keempat berturut-turut dan turut berdepan calon Perikatan Nasional (PN) Mohd Ghazali Md Hamin dari PAS.

Calon lain yang bertanding ialah Mohd Akmal Mohd Yusoff (Pejuang) manakala Parti Rakyat Malaysia (PRM) diwakili Ahmad Jufliz Faiza serta dua calon Bebas – Nurhaslinda Basri dan Syed Abdul Razak Syed Long Alsagoff, yang mencuri tumpuan apabila hadir memakai but kuning seperti sinonim dalam siri televisyen popular di Singapura dan Malaysia, Phua Chu Kang.

Pada 2018, Sivarasa dari PKR memenangi kerusi itu dengan majoriti 26,634 undi. Penyandang itu tidak mempertahankan kerusi berkenaan berikutan masalah kesihatan.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya Mohd Jusni Hashim berkata Parlimen Sungai Buloh mempunyai 158,090 pengundi. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan