29.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 7, 2022

PRU15: SPRM buka bilik gerakan di seluruh negara

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka Bilik Gerakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di seluruh negara bagi memudahkan aduan serta penyaluran maklumat oleh orang ramai berhubung perbuatan rasuah dan salah guna kuasa sepanjang tempoh berkempen.

SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan kesemua bilik gerakan itu akan beroperasi sepanjang hari bermula hari ini hingga hari pengundian pada 19 Nov.

Bilik Gerakan PRU15 SPRM boleh dihubungi di talian 03-8891 1037 (Ibu Pejabat SPRM); Pejabat SPRM Kuala Lumpur (03-9206 5195); Pejabat SPRM Selangor (03-5524 8318); Pejabat SPRM Negeri Sembilan (06-762 5446); Pejabat SPRM Melaka (06-289 6011) dan Pejabat SPRM Johor (07-231 6170).

Pejabat SPRM Perak boleh dihubungi di talian 012-490 5986, Pejabat SPRM Kedah (04-700 1880); Pejabat SPRM Pulau Pinang (04-229 9262); Pejabat SPRM Perlis (04-976 3982); Pejabat SPRM Pahang (09-571 6027); Pejabat SPRM Terengganu (09-630 1920); Pejabat SPRM Kelantan (09-766 1970); Pejabat SPRM Sabah (088-488 381); Pejabat SPRM Sarawak (082-467 701); dan Pejabat SPRM Labuan (087-427 198),” menurut kenyataan itu.

Baca juga:   Wanita maut ketika bantu mangsa kemalangan

SPRM memaklumkan orang ramai juga boleh menyalurkan aduan mereka menerusi e-mel di alamat [email protected]

SPRM mengingatkan semua calon yang bertanding dan parti politik supaya tidak melakukan sebarang kegiatan yang melanggar undang-undang serta peraturan pilihan raya selaras Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012),” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Baca juga:   Beri moratorium pinjaman secara automatik - Armada

Wartawan

Terkini

Muhyiddin, Khairy, Zafrul berdepan siasatan SPRM

TAN Sri Muhyiddin Yassin bersama bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk...

Lagi Artikel Berkaitan