31.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 6, 2022

Lebih 1,000 sukarelawan sertai #TeamKJ

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LEBIH 1,000 sukarelawan berjaya dikumpulkan bagi membantu kempen calon Barisan Nasional (BN) Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sejak #TeamKJ dilancarkan semalam.

Menerusi perkongsian di laman Twitter Khairy Jamaluddin memaklumkan pasukan tersebut akan digerakkan ke semua kawasan di Sungai Buloh dalam masa terdekat.

“Terima kasih kepada semua yang telah mendaftar. Alhamdullilah lebih 1,000 orang sudah mendaftar sebagai sukarelawan #TeamKJ dalam tempoh 24 jam.

“Jom adakan kempen selamat dan sihat. Tidak sabar untuk membina Sungai Buloh yang lebih baik dengan bantuan anda,” ciapnya.

Terdahulu, semalam, Khairy Jamaluddin telah melancarkan kempen jom sertai #TeamKJ di beberapa platform media sosialnya.

Sukarelawan tersebut akan berkhidmat sepanjang tempoh kempennya di Sungai Buloh bermula esok sehingga 18 November depan. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Muhyiddin belanja wang KWSP untuk rakyat – Anwar

PERBELANJAAN kerajaan Perikatan Nasional (PN) semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk rakyat sebahagian besarnya diambil daripada Kumpulan Wang Simpanan...

Lagi Artikel Berkaitan