24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Lagi rakyat Malaysia jadi mangsa penipuan kerja di bawa pulang

Kementerian sudah berjaya menyelesaikan 220 kes jenayah penipuan itu dari Kemboja namun akan terus lagi memantau situasi dari semasa ke semasa.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 35 orang mangsa sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan warga Malaysia di Kemboja telah berjaya dibawa pulang ke tanah air menerusi dua penerbangan semalam.

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, kejayaan tersebut menyaksikan tiada lagi rakyat Malaysia berada dalam depoh tahanan imigresen negara berkenaan setakat ini.

ā€œKesemua 28 orang yang menaiki pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH755 itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 2 petang,ā€ katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sementara itu kata Saifuddin, kumpulan kedua melibatkan baki tujuh orang lagi rakyat Malaysia telah mendarat di KLIA2 pukul 5.35 petang hari yang sama dengan menaiki pesawat Air Asia penerbangan AK539.

Setakat semalam, kementerian berkenaan sudah berjaya menyelesaikan 220 kes jenayah penipuan itu dari Kemboja namun akan terus lagi memantau situasi dari semasa ke semasa.

ā€œPada masa sama, pihak Kedutaan Besar Malaysia di Laos, Myanmar dan Thailand akan terus menggiatkan usaha pengesanan dan menyelamatkan warga Malaysia,ā€ katanya.

Berdasarkan rekod semasa menurutnya, daripada keseluruhan 459 laporan yang diterima oleh Wisma Putra, seramai 324 orang mangsa di tiga negara itu sudah pun berjaya diselamatkan.

Advertisements

ā€œJumlah berkenaan turut meliputi seramai 20 orang yang kini berada dalam depoh tahanan imigresen di ketiga-tiga negara tersebut atas kesalahan tiada rekod dokumentasi perjalanan.

ā€œPihak Kedutaan Besar Malaysia sedang bekerjasama dengan kerajaan negara berkenaan bagi mengesan seramai 135 orang lagi yang dilaporkan sebagai mangsa jenayah tersebut.

Dalam pada itu, Saifuddin menasihatkan warga Malaysia supaya sentiasa berwaspada dengan tawaran pekerjaan menarik dari luar negara yang diterima terutamanya melalui platform media sosial.

Menurutnya, mereka boleh berhubung dengan pihak Kedutaan Besar Malaysia di negara itu jika ada keraguan berhubung status kesahihan tawaran berkenaan agar tidak menjadi mangsa.

ā€œSekiranya ada ahli keluarga yang sudah terjebak dalam sindiket itu dan memerlukan bantuan sewajarnya, sila segera buat laporan aduan kepada pihak polis dan Wisma Putra,ā€ katanya. 

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan