24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Cadang tadika transit percuma golongan sasar diwujudkan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KETUA Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mencadangkan agar tadika transit bagi golongan memerlukan dapat diberikan secara percuma oleh kerajaan yang akan terbentuk kelak.

Ini kerana, calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Gerik itu terkesan melihat sekeping foto mengenai kegigihan seorang ibu tunggal Azimah Rahim yang bekerja sebagai penghantar makanan sambil mengendong anak yang cacat penglihatan, yang tular baru-baru ini.

“Sayu hati melihat gambar ini. Seorang ibu yang terpaksa membawa anak OKU-nya ketika bekerja menghantar makanan.

“Rupanya masih ramai yang terlepas daripada inisiatif kerajaan dan usaha Pemuda. Mungkin ini teguran Allah bahawa perjuangan kami belum benar-benar sempurna.

“Insya-Allah saya akan berusaha memperjuangkan isu ini selepas kerajaan baru terbentuk kelak.

“Antaranya termasuk cadangan agar inisiatif tadika transit bagi golongan memerlukan seperti ini diberikan secara percuma oleh kerajaan.

“Serta memperkasakan juga insentif penjagaan anak OKU bagi keluarga tidak berkemampuan,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Advertisements

Katanya, beliau fikir inisiatif-inisiatif ini adalah sesuatu yang boleh dilaksanakan.

“Tidak membebankan kewangan memandangkan kita juga sudah mempunyai banyak tadika milik kerajaan termasuk Tadika Permata,” katanya.

Beliau berkata, hakikat yang kena akui, ini bukan satu-satunya kes di dalam negara.

“Sangat banyak aduan yang Pemuda UMNO terima dahulu berkenaan masalah pekerjaan dan kehidupan sosial yang tidak seimbang. Terutamanya ketika darurat dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) separuh masak yang merosakkan rezeki rakyat.

“Inilah punca kenapa Pemuda dahulu lantang memperjuangkan pengeluaran KWSP RM10, 000 secara one-off. Bukan pengeluaran bertahap. Kerana jumlah secara one off itu akan dapat digunakan rakyat sama ada untuk membeli kenderaan, melunaskan hutang atau memulakan perniagaan.

“Tak apalah ada orang kata kita ini anti kerajaan ketika itu. Yang penting adalah tanggungjawab kita Pemuda ini bagi memastikan rakyat terus dibela,” katanya.

Ujarnya, tetapi siapa pun yang dipilih rakyat kelak, Insya-Allah perjuangan kami tidak akan terhenti untuk rakyat. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan