31.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 6, 2022

[VIDEO] Empat iltizam Ismail Sabri jika kembali diberi mandat

Sepanjang tempoh 15 bulan, kita telah mencapai pelbagai kejayaan khususnya 15 inisiatif utama yang mencakupi semua aspek untuk kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob menanam empat iltizam sekiranya Barisan Nasional (BN) diberi mandat oleh rakyat untuk menerajui negara dan meneruskan pentadbirannya.

Beliau berkata, empat iltizam itu ialah:

1. Menyatupadukan rakyat demi kesejahteraan dan kebajikan Keluarga Malaysia.

2. Menyuburkan kemakmuran ekonomi dan pembangunan negara.

3. Memelihara kesucian agama Islam tanpa meminggirkan agama lain selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

4. Memperkasa integriti tadbir urus negara.

“Inilah iltizam saya untuk Malaysia, demi kestabilan dan kemakmuran masa depan tanah air kita,” katanya menerusi rakaman video yang diedarkan kepada media hari ini.

Mengimbau pengalaman sepanjang menjadi Perdana Menteri Kesembilan sejak 21 Ogos 2021, calon BN Parlimen Bera itu berkata, banyak suka duka yang telah beliau lalui.

Menurut beliau, peralihan tiga kerajaan dalam tempoh tiga tahun adalah episod gelap kepada negara.

Baca juga:   Penjawat awam tidak dilupakan dalam Bajet 2022 - Ismail Sabri

“Takdir Allah SWT, saya menggalas tanggungjawab untuk menerajui negara dan ia bukan satu tugas yang mudah.

“Waktu itu, kita berhadapan ancaman pandemik Covid-19, jumlah pesakit harian mencecah puluhan ribu, mengorbankan ratusan rakyat sehari dan menyebabkan fasiliti perubatan hampir lumpuh,” katanya.

Tidak cukup dengan itu, Ismail Sabri berkata, negara berhadapan pula krisis ekonomi.

Katanya, jumlah pengangguran meningkat lebih 700,000 orang, banyak sektor perniagaan terpaksa gulung tikar dan rakyat hilang mata pencarian.

“Justeru beliau bertekad, semua rakyat harus teguh bersama seperti sebuah keluarga untuk memulihkan negara.

Baca juga:   10 lelaki ditangkap kutip parkir haram di ibu negara

“Atas kesedaran dan iltizam ini, pentadbiran saya melancarkan Inisiatif Keluarga Malaysia,” katanya.

Tambah beliau, dalam tempoh 15 bulan sahaja, kita telah mencapai pelbagai kejayaan khususnya 15 inisiatif utama yang mencakupi semua aspek untuk kesejahteraan Keluarga Malaysia.

“Hari ini, keadaan bertambah baik dan kita mampu bergerak maju ke hadapan, namun masih banyak yang perlu kita laksanakan untuk menjadi sebuah negara bangsa yang teguh bersama dan kembali dihormati di persada dunia,” katanya.

Justeru, Ismail Sabri berharap Keluarga Malaysia pada Sabtu ini, dapat melaksanakan tanggungjawab untuk memastikan negara ini terus ditadbir dengan baik.

“Saya, Ismail Sabri Yaakob dengan rendah diri, memohon kepada semua pengundi untuk memberi kepercayaan kepada saya dan Barisan Nasional, menerajui negara bagi penggal akan datang.

Baca juga:   Israel kerajaan haram perampas bumi Palestin

“Semoga Allah SWT terus merahmati serta memelihara negara dan Keluarga Malaysia. Ya Allah, Sesungguhnya kepada-Mu kami berserah. Undilah Barisan Nasional,” katanya.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Tan Sri Abdul Aziz, abang Muhyiddin meninggal dunia

BEKAS Ahli Parlimen Muar, Tan Sri Abdul Aziz Yasin, 90, menghembuskan nafas terakhirnya hari ini. Berita berkenaan dikongsikan sendiri oleh adiknya,...

Lagi Artikel Berkaitan