34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Beri peluang calon muda berkhidmat di Cheras – Mike

Mesti Baca

BIARPUN dianggap sebagai pendatang baharu, namun perkara tersebut tidak menggusarkan calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Cheras, Mike Chong Yew Chuan menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Katanya, penerimaan penduduk di kawasan tersebut sangat memberangsangkan dan agak berbeza jika dibandingkan pada (PRU14) lepas.

“Setakat ini saya telah pergi ke pelbagai tempat di sekitar Cheras berjumpa penduduk di sini. Sambutan daripada penduduk juga amat menggalakkan. 

“Berbeza dengan (PRU14), mereka menerima saya dengan tangan terbuka dan ini memberi suntikan semangat kepada saya untuk berkhidmat di sini,” katanya

Tambah Mike yang juga berpengalaman dalam bidang kejuruteraan awam, fokus utama beliau adalah untuk menyelesaikan masalah isu kesesakkan lalu lintas dan membawa masuk projek perumahan mampu milik sekiranya tercalon.

“Saya sebenarnya adalah seorang jurutera awam dan lulusan dari Universiti Teknologi Petronas. Saya akan menggunakan ilmu pengetahuan untuk meneliti semula perancangan bandar di sini dari sudut pengurusan trafik.

Mike Chong Yew Chuan diterima baik oleh para pengundi Cheras.

“Saya juga akan bawa masuk projek perumahan mampu milik kerana macam  sekarang, projek sebegini rupa sudah kurang. Dengan ini orang muda berpeluanh untuk miliki rumah sendiri,” ujarnya lagi. 

Advertisements

Ditanya mengenai peluang beliau untuk menang di Parlimen Cheras, Mike berkata, beliau menghormati calon-calon lain, namun sudah tiba masanya untuk memberikan laluan kepada calon baharu yang lebih muda. 

“Sebenarnya saya amat menyanjungi semua calon di sini. Apa yang saya mahu katakan adalah bagi peluang kepada calon generasi muda. Saya lebih memahami keperluan semasa orang di sini.

“Kaedah yang digunakan calon itu mungkin sudah ketinggalan zaman. Sekarang adalah masa untuk beri peluang kepada orang muda,” tegasnnya. 

Mengulas lanjut, beliau juga berharap penduduk Cheras untuk memberikan beliau peluang untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat di sini menjelang PRU15. 

“Saya merayu kepada semua berikan peluang kepada saya untuk menwarkan diri berkhidmat untuk semua. Bagi saya Yang Berhormat (YB) itu tidak penting tapi ‘Yang Bekerja’ itu penting. 

“Kalau kita boleh beri 6 penggal kepada Tan Kok Wai (calon PH) kenapa tidak bagi satu peluang kepada saya. Saya datang bukan dengan tangan kosong. Saya datang dengan perancangan dan khidmat kepada penduduk Cheras dan generasi muda di sini,” katanya lagi.

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan