29.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, February 13, 2025

Beberapa kawasan di Klang, Shah Alam, Kajang dinaiki air

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEBERAPA kawasan di Klang, Shah Alam, Puchong dan Kajang dinaiki air berikutan hujan lebat berpanjangan sejak tengah malam tadi, selain turut berlaku satu kejadian tanah runtuh.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, antara kawasan yang dinaiki air adalah di Jalan Kampung Landasan Bukit Kuda dan Taman Sentosa, Klang; Kampung Sri Aman dan Putra Height Harmoni 1, Puchong; Taman Chi Liung, Teluk Pulai dan Taman Maznah.

“Air turut dikesan naik di Taman Pasir Mas, Jalan Seroja, Jalan Reko dan Taman Teknologi Kajang, Kajang; Bukit Lanchang, Taman Sri Muda dan Jalan Kebun, Shah Alam serta Kampung Sungai Pening dan Sungai Lalang, Semenyih,”katanya dalam kenyataan di sini.

Norazam berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, menerima beberapa panggilan banjir pada jam 12.26 tengah malam.

Anggota bomba telah digerakkan ke semua lokasi banjir.

“Seramai 130 pegawai dan anggota Bomba dan Penyelamat dengan aset logistik membabitkan 20 bot, empat lori, 10 utiliti dan lapan jentera telah digerakkan ke semua lokasi banjir dan tanah runtuh.

“Sehingga jam 3.30 pagi, lebih 31 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kediaman mereka dinaiki air.

Advertisements

“Tiga PPS berkenaan dibuka di Masjid Kampung Johan Setia, Bandar Bukit Tinggi 2 dan Sekolah Kebangsaan Ulu Semenyih,” katanya.

Beliau berkata, kenaikan air yang paling dalam dikesan di pada paras 0.6 meter di Jalan Landasan Kampung Bukit Kuda, Klang.

“Manakala bacaan air terendah dikesan pada paras 0.3 meter di sekitar Taman Sri Muda, Jalan Kebun dan Kampung Bukit Lanchong.

“Operasi pemindahan mangsa banjir telah dilaksanakan sehingga jam 4 pagi tadi,” katanya.

Dalam pada itu, Norazam berkata, anggota dan pegawai dari Balai Bomba Penyelamat Kajang turut membantu mengeluarkan empat mangsa dalam kejadian tanah runtuh di belakang rumah teres dua tingkat, Taman Sri Jelok, Kajang.

“Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelbagai usaha tingkatkan pendapatan Orang Asli – Zahid

KERAJAAN menerusi Jabatan Kemajuan Orang Aslia (JAKOA) melaksanakan pelbagai usaha bagi meningkatkan pendapatan isi rumah Orang Asli dengan sasaran...

Lagi Artikel Berkaitan